Home » » Roket Amerika Hanya Sempat "Bernafas" Enam Saat Sebelum Meletup

Roket Amerika Hanya Sempat "Bernafas" Enam Saat Sebelum Meletup

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Roket Ke ISS Meletup
29 Oktober 2014 

Antares meletup hanya enam saat sebaik ia dilancarkan pada pukul 6.22 petang waktu tempatan.

CAPE CANAVERAL: Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup hanya enam saat sebaik dilancarkan, awal pagi Rabu.

Kepulan asap dan api yang marak dapat dilihat dengan jelas sekitar Florida akibat letupan roket kargo Cygnus yang membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS.

Senario sebelum Antares meletup di Wallops Island.

Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, roket itu melakukan perjalanan pertamanya setahun lalu.

Roket angkasa Orbital Sciences Corp tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan.

Syarikat pemiliknya berkata, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu.

NASA membiayai misi roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia dan syarikat Space-X berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS.

Setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui, demikian menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot.











Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Indah Yang Hakiki
  • BUAH SAWO RAJIN BERBUAH WALAU DALAM POT
  • CARA BASMI ULAT GRAYAK DENGAN BIJI SIRSAK
  • Bolehkah Puasa Tanpa Mandi Wajib?
  • Peluang Menyiarkan Iklan Di Blog Suaramuhajirin313!!
  • Tips Memilih Kenari BAKALAN
  • Masih adakah lagi manusia seperti ini
  • Kisah Remaja Berniaga 8 Tahun Hanya Membayar 'Yuran Kegagalan'
  •  10 Tips Untuk Didik Anak Menjadi Soleh
  • Bersangka Baiklah Dengan Sultan
  • Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!
  • Buat Maksiat, Akhirnya Ditelan Bumi
;