Home » » Pelik Tapi Benar

Pelik Tapi Benar

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


IBU kanak-kanak berkenaan mengangkat anaknya keluar dari keranda selepas dia dilihat bergerak ketika hendak dikebumikan Sabtu lalu.

[Harian Metro] Zamboanga del Sur: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang terjaga ketika disiapkan untuk dikebumikan, semalam dilapor mati akhirnya.

Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur di selatan Filipina itu sebelum ini disahkan mati di sebuah hospital Jumaat lalu akibat demam dan keluarganya segera membuat persiapan untuk mengebumikannya. 

Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dilapor bernafas semula ketika mayatnya diletakkan di sebuah gereja untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan. 

Detik dia bernafas semula itu dan ketika dikeluarkan dari keranda dirakam oleh seorang anggota keluarganya yang hadir pada majlis untuk menyiapkan pengebumiannya itu.

Seorang jiran menyedari kepala kanak-kanak itu bergerak ketika menjenguk mayatnya.

Selepas dibawa keluar dari keranda, kanak-kanak berkenaan diberi minum dan dibawa ke hospital sebelum pulang bersama-sama ibu bapanya.

Bagaimanapun, laporan terbaru semalam menyatakan, umur kanak-kanak itu tidak panjang dan disahkan mati sekali lagi.

Ini bukan kes pertama orang yang diisytiharkan mati hidup semula ketika persiapan dilakukan untuk mengebumikan mereka.

Di Zimbabwe, orang ramai bertempiaran lari apabila Brighton Dama Zanthe, 34, dilihat bergerak di dalam kerandanya.

Di Lexington, Mississippi, Walter Williams bangkit ketika mayatnya hendak dikeluarkan dari beg mayat selepas diiystihar mati selepas alat perentak jantungnya terhenti.

Di Belem, utara Brazil pula, seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Kelvin Santos terjaga dan meminta segelas air ketika keluarganya bersiap untuk mengebumikannya. 

Bagaimanapun, dia baring semula dan disahkan mati untuk kali kedua.

Seorang pelayan di Mesir pula bangun sejurus sebelum dikebumikan apabila doktor mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.- AFP/17/7/14

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Islamik Kah Perbankan Islamik?
  • Akhir hayat Imam Al Ghazali
  • Teater Transit Warga Tanah Mendapat Anugerah Khas Juri
  • Cara Miliki Rumah di Syurga
  • Disiplin Ramadan wajar dipertahan
  • Pemain muda muslim ini pesaing hebat kepada Messi
  •  Gambar2 Lucu Kesilapan Teknikal Siaran TV1,TV2, TV3 Dan TV9
  •  Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian, Angkara "Tangan Hitam"?
  • Kisah Al-Khansa' - Wanita Bebas Membuat Keputusan Yang Bersangkutan Dirinya
  • Bekas pemain U16 dan U17 Jerman syahid di Syria
;