Home » » Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Ambilan dari Blog Hasrul Hassan

Untung isteri yang ada suami yang tahu memasak. Lagi untung jika memang pandai memasak. Suruhlah masak apa sahaja, si suami bagai petik jari dan senyum angkat kening. Suami pandai memasak memang satu kelebihan. Jika nak cari suami, pilihlah suami yang tahu memasak, bonus jika suami pandai memasak.

Antara tahu dengan pandai memasak, ada bezanya ye. Kalau tahu - kategori macam masak telur goreng, masak nasi, masak air .... jika kategori pandai, si suami boleh masak ikan patin masak tempoyak, kailan ikan masin, kari kepala ikan, sup kelapa kepala ikan merah sedap, sotong celup tepung, masak karipap, masak cucur udang ... dan langkahnya bukan semasa kuali di atas dapur tapi bermula dari menyiang ikan dan sayur sampailah ia menjadi masakan licin pinggan bila menjamah.


Kelebihan Punyai Suami Tahu dan Pandai MemasakSuami pandai memasak satu kelebihan sebab anak-anak tidak perlu makan di kedai apabila si isteri tidak sihat atau tidak larat nak memasak.

Suami pandai memasak satu kelebihan bila si isteri tak cukup tangan nak layan para tetamu yang datang bertandang di hari raya.

Suami pandai memasak satu kelebihan jika kemudian kelak isteri sudah tiada, dan apabila si isteri mewasiatkan minta menjaga anak-anak dengan baik. Jadi, isteri tak perlu risau si suami nak cari isteri lain jaga makan minum anak-anak bila dah tiada (walaupun ada yang izinkan). Ok, this is the worst example, bukan mendoakan, tetapi cuba fikir-fikirkan.

Saya pasti ramai anak dara suka kalau pasangan mereka pandai memasak, yelah zaman sekarang ni bukan ramai mana pun anak dara yang boleh memasak ni... hoho ... semua main segera je, mana ada masa nak berada di dapur. Saya boleh jamin, antara 1 daripada 5 mesti ada yang tak tahu nama ikan dan sayur yang dijual di pasar. Belum lagi sebut nama buah-buah pelik.... hoho... 

Ada anak dara tak tahu nama ikan dan cara nak siang ikan dengan betul!

Jadi, untuk anak-anak dara ni, jika dapat pasangan yang pandai memasak macam Chef Riz ke, memang untunglah badan. Nak pikat tak susah, kena jadikan diri cantik je .... hoho ...

Mudahnya Isteri Nak Berbakti Pada Suami
Namun, sukacita nak sebut .. seandainya si isteri memasak untuk suami dan anak-anak, walaupun si suami tu chef terkemuka antarabangsa, ganjaran pahala Allah S.W.T nak bagi memang hebat. Walaupun rasa diri macam tak berapa bijak hebat memasak ni, tapi inSha Allah, berkat rajin melayan suami sediakan masakan kegemaran walaupun kerap tak menjadi, akan lama-lama diberkati, dan Allah S.W.T pasti akan tolong.

Practice makes perfect. 
Kalau tak buat lansung, itu masalah. Anak dara kena tahu memasak, dan belajarlah untuk jadi pandai memasak. Nak belajar mudah je, ikut je resepi online yang dah berlambak tersedia. Ebook pun ada. Baca dan buat, lama-lama dok bikin benda sama, jadilah anda pakar masakan - hatta ia hanyalah satu resepi biasa semata.

Mengahwini seorang suami yang pandai memasak memang satu kelebihan, tetapi tidak bermakna si isteri perlu abaikan pula tugas memasak. Boleh je bergandingan, dan boleh je bergilir-gilir... yang penting anak-anak perlu merasa air tangan ayah dan ibu. Berkat tu.

Baca Selengkapnya 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Tempat mustajab berdoa di sekitar Mekah
  • Semut dari Mars?
  • Keistimewaan Rasulullah: Tiada bayang-bayang ketika dibawah cahaya matahari dan tidak dihinggapi lalat
  • Merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara
  • Sedih Dan Geram - Dua Gambar Dari Dua Lokasi
  •  Solat Tahajud Yang Indah
  • Apa itu Sistem Iron Dome milik rejim Yahudi?
  • Khasiat Bunga Cempaka Putih
  • APAKAH YANG DIKATAKAN BAKHIL MESKIPUN KAYA
  • CARA MELAKSANAKAN PUASA KAFFARAH 2 BULAN BERTURUT-TURUT
  • "The True Furqan", Quran Sebenar Yang Palsu
  • Keajaiban sabar
;