Home » » Mati Akan Pasti Terjadi Pada Siapa Sahaja

Mati Akan Pasti Terjadi Pada Siapa Sahaja

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sumber Blog Mantan Blogger

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani!

Sabda Rasulullah SAW:
"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Jelas sejelas-jelasnya. Semua yang bernyawa pasti akan mati. Kematian yang kita ingin lari darinya, pasti akan menemui kita, sebagai takdir yang tetapkan sejak azali lagi. Dan Malaikat Maut dalam menjalankan tugasnya, memerhati wajah kita sebanyak 70 kali setiap hari. Kita tidak akan terlepas. Tepat tarikh, masa dan ketikanya, kita akan mati. Tapi kenapa kita tidak bersedia? Bukan sekadar bersedia menerima kematian orang yang disayangi. Bahkan bersedia menerima kematian kita sendiri, yang bakal menjelma bila-bila masa.

Bukan sahaja pesakit. Yang patut bersedia ialah Doktor, Jururawat, Guru, Ustaz, Qadhi, Mufti, Perdana Menteri dan semua kita. Lihat realiti seperti peristiwa yang pernah berlaku. Iaitu pada 17 Ogos 2011, di Ayer Keroh, Melaka, ambulan yang membawa pesakit (cedera dalam kes samun), terlibat kemalangan dan terbalik. Pesakit yang dibawa, Doktor dan Jururawat parah. Dua hari selepas kejadian, Jururawat tersebut meninggal dunia atau mati. Bukankah Jururawat juga perlu bersedia? Doktor jugakan?

Dan mati bermakna kita berpindah ke alam akhirat. Maka mestilah membuat persediaan atau bawa bekalan. Sedangkan mati datang tanpa dapat ditangguh-tangguh lagi.

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ


Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. 7:34 [Al Araf]





Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Mustafa Kamal Ataturk : Allah Menunjuk Kebesarannya Untuk Renungan Kita.
  • 3 golongan yang layak untuk meminta
  • Foto Situasi Jepang Sesudah Dan Sebelum Tsunami
  • Umat Yang Sentiasa Menang
  • The Arrivals part 10 (Pemerintahan Dunia Baru)
  • Ramadhan Overhaul Hati Insan
  • MENSETUBUHI ISTERI KETIKA HAID; ADAKAH DIKENAKAN DENDA/KAFFARAH?
  • Kisah Sedih Anak Kecil Yang Merindui Ibubapanya Selama 5 Tahun
  • Peristiwa Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah Terakhir
  • Istanbul, Hangat Dalam Dingin
  • Kisah Seorang Pelajar Nakal
  • Bacalah Sesuatu Tentang Negara Kita Dan Bagaimana Ianya Ditadbir Sekarang!!
;