Home » » Apa Itu Fenomena Ekuinoks?

Apa Itu Fenomena Ekuinoks?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Fenomena Ekuinoks mulai tengahari esok
20 Mac 2015

gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks - yang berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa - bermula tengah hari esok.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara, Mohd Zamri Shah Mansor berkata fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.

"Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing.

"Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan," katanya pada sidang media selepas penstriman secara langsung Fenomena Gerhana Matahari Penuh di Planetarium Negara di sini, hari ini.

Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Sementara itu, penstriman secara langsung itu bertujuan menyaksikan Gerhana Matahari Penuh di utara Kepulauan Faroe di Lautan Norway. 

Gerhana Matahari Penuh itu mengambil masa empat jam sembilan minit bermula pada 3.41 petang dan berakhir pada 7.50 petang waktu Malaysia. 

"Fenomena ini berlaku pada 8.41 pagi waktu Kepulauan Faroe dan kemuncaknya berlaku pada 10.15 pagi ketika itu. Ketika inilah (10.15 pagi) penduduk di sekitar kawasan itu akan mengalami waktu gelap selama 2 minit," katanya.

Selain kawasan kepulauan Faroe, fenomena itu juga dapat dilihat di kawasan Lautan Artik dari Greenland ke Norway.

Mohd Zamri berkata fenomena gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di antara Bumi dan Matahari yang penduduknya dapat melihat bayang-bayang matahari secara penuh atau separa.

"Fenomena kali ini merupakan fenomena gerhana matahari penuh terakhir buat penduduk Eropah sebelum gerhana matahari penuh berikutnya pada 12 Ogos 2026," katanya. 

Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my ataupun laman sosial Facebook 'Agensi Angkasa Negara'. - Bernama

SUMBER; SINAR HARIAN

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Gambar  Mujahid Muda Yang Syahid di Syria
  • Keistimewaan Penyembelihan Dalam Islam
  • Pendedahan Bekas Pegawai Agama Anwar Buat Dr Sidek Baba Sedar
  • 9 Jenis Pernikahan Yang Diharamkan Oleh Islam
  • Haruan Makan Anak, Datuk Rogol Cucu Apa Puncanya?
  • Kisah Peribadi Wanita Solehah - Rabiah Al-Adawiyah
  • KEDUDUKAN SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA
  • Adab minum-Nabi SAW
  • Kedatangan Obama Turut Melonjakkan Nama KJ
  • Tembok besi yang melindungi Jasad Rasulullah SAW
  • KEDUDUKAN UNTUNG YANG DIAMBIL OLEH BROKER/AGEN/ORANG TENGAH
  • BAGAIMANA RASULULLAH MEMAKAI CINCIN?
;