Home » » Nahas Pesawat Germanwings - Tiada Yang Terselamat

Nahas Pesawat Germanwings - Tiada Yang Terselamat

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.




SEYNE-LES-ALPES: Polis Perancis mengesahkan tiada yang terselamat dalam nahas pesawat Germanwings dan menjangkakan usaha menyelamat mangsa akan mengambil masa beberapa hari kerana cerun gunung yang curam.
 
"Usaha untuk mengeluarkan mayat dan seterusnya bangkai pesawat itu tentu akan mengambil masa beberapa hari berikutan lokasi nahas di kawasan tanah tinggi," kata pegawai polis Jean-Paul Bloy.

Setakat ini, pihak keselamatan juga belum mengesan teori mengenai punca nahas pesawat yang dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman itu.


Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan Perancis berkata, juruterbang tidak membuat panggilan kecemasan dan hubungan radio terputus menyebabkan pesawat itu tiba-tiba hilang altitud selama lapan minit sebelum terhempas.

Selain itu, Germanwings pula berkata, Penerbangan 4U 9525 itu membawa 144 penumpang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal.

Di kalangan penumpang itu juga membabitkan 67 warga Jerman, termasuk 16 pelajar sekolah tinggi.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Barcelona pada jam 10.01 pagi tetapi mula turun selepas mencecah paras penerbangan 38,000 kaki (11,582 meter). Ia terus turun selama lapan minit sebelum terhempas.


Pada masa sama, Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls memaklumkan sebuah helikopter mendarat dekat serpihan pesawat itu di pergunungan Alps Perancis dan mendapati tiada yang terselamat.

"Cuaca di kawasan itu semakin buruk menjelang tengah hari, hujan dan sangat sejuk," katanya.

Seorang pegawai kerajaan tempatan pula memberitahu akhbar Echos, pesawat itu berkecai dengan serpihan terbesar adalah sebesar kereta. -Mstar/25/3/15

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kunjungan Mufti Mesir ke Israel: Kunjungan ke Wilayah Pendudukan Israel Al Quds adalah Haram - Syaikh Qaradhawi
  • Ramai Yang Tidak Tahu Erti Kebersihan Sebenar!!
  • Rasuah Juga Boleh Membawa Maut!
  •  RM6,544 Kepada Pekerjanya Yang Mahu Berhenti Kerja Tetapi Ramai Tidak Mahu. Buat Kami Sangat Kagum
  • PasMa Macam Darul Arqam? Komen Subky Latif
  • Teknik Ubah Wajah Pada Gambar Yang Termudah
  • Pemerintahan Imam Mahdi Selepas Kematian Dajjal
  • Fadhilat di sebalik rukun solat
  • Allah turunkan rezeki dengan terdampar ikan-ikan pari di Gaza
  • Kisah Mujahid Muda Yang Menakjubkan
  • Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan
  • Tanda-tanda Matinya Hati
;