Home » » Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Hudud Lebih Utama Daripada Menang Pilihanraya

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Hudud Lebih Utama Daripada Menang Pilihanraya

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Foto TMI

SHAH ALAM: Memastikan rakyat selamat menerusi pelaksanaan hudud adalah lebih penting daripada memenangi pilihan raya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, perjuangan parti itu bukan hanya berlandaskan politik, tetapi adalah untuk keselamatan rakyat sepanjang masa.

“Kita tak menang pilihan raya pun tak apa asalkan rakyat selamat. Berbeza dengan orang yang hendak menang pilihan raya… huru-hara pun tak apa,” ujar beliau pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk ‘Hudud Dari Kaca Mata Hadi’ anjuran Sinar Harian pada Rabu.

Tegas Abdul Hadi, beliau mahukan negara ini selamat dan tiada keinginan untuk berebut kuasa menjadi pemimpin.

Katanya, ramai dalam kalangan ahli Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju dengan hudud kerana mereka takut kehilangan pengundi-pengundi bukan Islam.

Namun, kata beliau pada masa kini sudah ada dari kalangan yang bukan Islam menyokong pelaksanaan undang-undang syariah termasuk hudud hasil dari sesi dialog yang kerap diadakan sebelum ini.

“Tapi ada orang ni takut (PR) tak menang di Sarawak… (dan mereka) nak menang di Sarawak. Tetapi kita perjuangan bukan hanya politik, tapi untuk perjuangan rakyat sepanjang masa,” kata Abdul Hadi lagi.

Bulan lalu, DAP Sarawak telah bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri itu selepas kerajaan negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau hudud.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen mendakwa bahawa PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama Pakatan Rakyat dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Selain itu, kenyataan Abdul Hadi hari ini juga menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tujuan pelaksanaan hudud oleh PAS itu adalah kerana hendak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

Kata Dr Mahathir, ia bukanlah hudud yang Islamik sebaliknya ia adalah 'hudud PAS’ dan bukan dilaksanakan atas nama Islam.

“Kalau ada orang sebut (hudud) ni sebagai hudud PAS, maknanya dia tidak faham apa itu hudud,” tambah Abdul Hadi. - Astro Awani/22/4/15

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Al-quran: Fakta tentang dasar laut yang gelap
  • Video: Samir Nasri takbir Allah Hu akbar selepas Manchester City juarai EPL
  • JATUH-BANGUN KEHIDUPAN, ANTARA HARI INI DAN ESOK
  •  Masjid Pertama Direka Bentuk Oleh Wanita
  •  Baca Sejarah WAHABI Yang Sekarang Sedang Menyerang Negara Kita!!
  • Maklumat Banjir Terkini
  • MH370 - Malaysia Berdoa - Panduan Baiki Diri
  • Mohd. Farhan Memeluk Islam. Pengislaman keluarga termakbul selepas lapan tahun
  • Syiah memusuhi Sunni
  • GUNA MINYAK PENGASIH UNTUK SUAMI
  • Ubati strok dengan Al-Quran
  • Yang Pertama Masuk Neraka
;