Home » » Wanita Cina Beragama Budha Kutip Dan Bela Anak Melayu Yang Dijumpa Dalam Tong Sampah!!

Wanita Cina Beragama Budha Kutip Dan Bela Anak Melayu Yang Dijumpa Dalam Tong Sampah!!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Sedang duduk di pejabat pertanyaan, datang seorang perempuan tua berbangsa Cina berumur 60 tahun bersama dengan dua orang kanak-kanak lelaki.

Saya hairan kerana kanak-kanak tersebut memanggil wanita tua itu 'mummy'.

Hairan, kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras-iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya kepada wanita itu.

"Aunty, budak dua orang ini siapa?"

"Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya. Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Manakala Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga," katanya.

Saya pun tergamam seketika. 

"Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama mereka, Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan. Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan," jelasnya.

Sekali lagi saya terpegun. Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. 

Di Sabah sebenarnya perkara ini adalah sesuatu yang biasa berlaku. Menghormati kepercayaan dan pegangan agama yang lain membuatkan kita seolah-olah berada di dalam sebarisan pelangi yang berwarna-warni.

Dengan melalui sendiri peristiwa gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini, saya percaya ikatan tali keharmonian di sini tidak pernah kusai. Malah bertambah utuh dan padu. 

Salam sayang Sabah. - Ameer Carlief.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •  Apa Perlu Guru Lakukan Apabila Pelajar Tidak Mahu Bertanya
  •  20% Pelajar Menengah Di Perlis Ketagih Ketum
  •  Keutamaan Mencintai Seseorang Kerana Allah
  • Sambutan Maulid Rasul SAW Di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong.
  • Rahsia kebijaksanaan perkataan Alhamdulillah selepas bersin
  • Rahsia Waktu-Waktu Doa Yang Mustajab
  • Keajaiban Ciptaan Allah - Gunung Warna-Warni Di China
  • Buah Lengkeng dan Khasiatnya
  • Tarsius Binatang Unik dan Langka
  • Kisah Burung & Seekor Kijang Berjanji Dengan Rasullullah SAW
  • Mengambil Wudhu Dalam Keadaan Berhadas Besar
  • Lagi Penjelasan Adakah Air Tasik Kenyir Punca Banjir Besar Oleh Penyelenggara Stesen Janakuasa Elektrik Jenagor
;