Home » » Kenyataan Media YBhg Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin

Kenyataan Media YBhg Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •   Digigit Ular, Lelaki Ini Catat Apa yang Dirasakannya Hingga Ajal Tiba
  • Burung Terbang Secara Bersaf-Saf Dalam Al-Quran
  • Manfaat Luar Biasa dari Kebiasaan Mendoakan Orang Lain
  • Jom Lakukan 10 Perkara Ini Dan Kita Lihat Hasilnya
  • Terkini!! Bekas S/U Politik MB Selangor Umum Keluar PKR
  • April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol
  • Misteri Penemuan Bahtera Nabi Nuh as
  • Ini 5 Bandar dengan Penyembah Syaitan Terbesar di Dunia
  • Tanda-tanda Kiamat Versi Yahudi dan Syiah
  • Wajah sebenar Iran dan agama Syiah terhadap Islam
  • Waooo! Rihanna Pakai Baju Transparan
  • Sunnah Yang Dilupakan - Matawang Sunnah
;