Home » » Bisnes Besar Lawan Bisnes Kecil

Bisnes Besar Lawan Bisnes Kecil

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pada perkiraan logik, bisnes besar sudah pasti menghasilkan kejayaan yang besar, manakala perniagaan yang kecil, tetap dilihat kecil-kecilan. Namun pada hakikatnya, ia tidak semestinya begitu. Dunia bisnes ini seperti roda..

Dalam dunia bisnes, apa pun boleh berlaku. Bisnes besar ataupun bisnes kecil, ia bergantung kepada sejauh mana kita meraih keuntungan bersih, berapa banyak duit keluar dan sejauh mana kita mampu terus ke hadapan (growth). Apa guna bisnes besar tetapi tidak mampu membayar gaji pekerja dan hutang bertimbun. Negatif…

Semakin besar bisnes, maka semakin banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Salah satunya adalah kos-kos melibatkan tenaga kerja. Semakin ramai pekerja, semakin banyak kos untuk bayaran upah ataupun gaji. Manakala bisnes kecil pula, ia mampu berkembang jauh, tetapi akibat tenaga kerja yang terhad, ia juga boleh mengundang kesusahan.

Bisnes besar tidak akan menjual satu produk atau satu perkhidmatan sahaja. Ia perlu banyak kerana semakin banyak, maka semakin banyak aliran wang masuk yang dapat digunakan kembali untuk melunaskan kos-kos berkaitan. Manakala bisnes kecil, walaupun fokus pada satu produk sahaja, ia sudah mampu menyara hidup si usahawan.

Bisnes besar sukar diurus. Bisnes kecil senang digerakkan. Bisnes besar banyak politik dan peraturannya, dan tidak semua keputusan boleh dibuat sesuka hati. Tetapi bisnes kecil, sendiri-sendiri boleh tentukan ke mana hala tuju tanpa perlu pening kepala dengan rakan kongsi, barisan lembaga pengarah, barisan pengurus dan eksekutif.

Persoalannya… Yang mana satu pilihan terbaik? Bisnes besar ataupun bisnes kecil?

Sebenarnya sudah ada jawapan dalam tulisan di atas. Pilihlah yang mana satu. Kecil ataupun besar, segalanya perlu berpaksi kepada ilmu.

Penulis: Mohd Zulfadli
Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Elakkan Daripada Melarang Anak Anda Lakukan 7 Perkara Ini
  • BUDIDAYA “EMAS HIJAU” PANILI YANG INTENSIF
  • Kisah Seorang Peniaga Nasi Lemak DIHINA Kakaknya Yang Kerja Kerajaan. Apa Sudahnya?
  • CARA MEMBUAT DODOL PISANG
  • Handphone dan Kaabah
  • Kisah Sahabat Nabi Saiyidina Salman Al-Farisi Mencari Kebenaran
  • Rasulullah SAW Hakikat segala Wujud
  • SUKA BERANGAN; ADAKAH ADA KAITAN DENGAN SYAITAN
  • Kisah sahabat yang jenazahnya dilindungi lebah
  • 4 Anggota Badan Yang Tidak Akan Terkena Api Neraka
  • JATUH-BANGUN KEHIDUPAN, ANTARA HARI INI DAN ESOK
  • Kenapa Dikatakan Islam Agama Suci?
;