Home » » Jangan Bersedih, Baca Ini Untuk Gembirakan Hati Anda

Jangan Bersedih, Baca Ini Untuk Gembirakan Hati Anda

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin.

Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau. 
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur. 
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda.

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf. 
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).

Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Adab-Adab Melancong Ke Bumi Yang Dilaknat Allah Yang Selalunya Tidak Ditekankan Oleh Agensi Pelancongan. Mohon Kongsikan...
  • Muadzin Terlama di Wilayah Kaabah Meninggal Dunia
  • Teknik Menanam Pohon  Buah Alpukat
  • Dosa Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah
  • LANGIT ATAU BUMI YANG DI CIPTA TERLEBIH DAHULU?
  • Hikmah yang Tersembunyi Ketika Bersujud
  • Ciri-Ciri Lelaki Dayus Yang Tidak Akan Menghidu Bau Syurga
  • Khasiat Bunga Balsam
  • 6 Binatang Aneh yang Bisa Membunuhmu
  • Video Tragedi Mina
  • Lima kemaksiatan yang disegerakan balasannya di akhir zaman
  • 10 Fakta Bagaimana Bangsa Jepun Boleh Mencapai Kemajuan Lahiriah Yang Drastik (Menarik!)
;