Home » » WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT

WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Whatsapp adalah trend terkini komunikasi. Di masjid ketika mendengar khutbah Jumaat pun, ada jemaah yang berbalas Whatsapp. Apakah hukum membaca atau membalas pesanan Whatsapp ketika khutbah?
Para ulama berselisih pendapat tentang hukum bercakap ketika khutbah Jumaat. Kebanyakan mengatakan hukumnya haram, namun mazhab Syafii mengatakan hukumnya makruh. Kita disunatkan untuk diam dan mendengar khutbah dengan tekun.
Rasulullah bersabda: “Jika kamu berkata-kata kepada sahabatmu, ‘Diam!’, padahal imam berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah berkata yang lagha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Lagha dalam hadis ini ertinya melakukan perkara yang dapat merosakkan kesempurnaan ibadah solat Jumaatnya.
Membalas pesanan Whatsapp termasuk dalam larangan bercakap-cakap ketika khutbah. Ini kerana perbuatan tersebut melalaikan kita daripada memberi tumpuan mendengar isi kandungan khutbah dengan khusyuk. Begitu juga membaca risalah atau akhbar, atau membaca sesuatu dalam Facebook dan sebagainya. Semua perbuatan ini sangat tidak bersesuaian dan hendaklah dihindarkan.
whatsapp-ketika-khutbah-jumaat
Justeru, eloklah sekiranya para jemaah diingatkan agar mematikan telefon bimbit mereka sebelum khutbah agar tidak merosakkan tumpuan mereka mendengar khutbah.
Wallahuaklam.
Rujukan: Al-Ustaz 26:12 (WHATSAPP KETIKA KHUTBAH JUMAAT).
*sumber islammy.com

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • "Facebook Halal" Akan Dilancarkan di İstanbul Pada Bulan Ramadhan Tahun Ini
  • 10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu
  • MH370 - CIA Tahu Hal Sebenar?
  • Khutbah Rasulullah SAW Semasa Baginda Sakit
  • Warna Warni Mangga Kloning YAng Menggoda
  • Ibu Suka Menipu
  • 11 Perkara yang sering kita lupa-Imam Ibnul Qayyim
  • Madonna Pose Bugil untuk Iklan Parfum Terbarunya
  • Kegelisahan Vatican
  • Amalan sebelum tidur
  • Larangan Menceritakan Aib Pasangan Kepada Orang Lain
  • Umat Islam umpama buih
;