Home » » Kisah Duit 50 Sen Yang Menyentuh Hati!!

Kisah Duit 50 Sen Yang Menyentuh Hati!!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Kringggg.. 

'Terima kasih cikgu!" Semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.

"Awak tak rehat ke Alif?" Ujar saya kepada pelajar ni. "Tak cikgu." Jawab Alif ringkas.

"Kenapa Alif tak rehat?"

Jawab Alif; "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu!" Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, "Kalau hari Jumaat awak tak pergi kantin la ye?"

"Oh hari Jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu." Jawab Alif dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan Yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

p/s manusia yang kaya ada manusia yang mampu bersedekah ketika susah..

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • ADAKAH SYURGA BERPINDAH KE BAWAH TAPAK KAKI SUAMI SETELAH BERKAHWIN?
  • [Video] Di Tangan Erdogan, Turki Bangkit Menuju Negara Islam Yang Maju
  • Subhanallah, keajaiban siwak terhadap gigi
  • Habil Dan Qabil: Perbunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia
  • Cium Isteri Di Khalayak Ramai Bukan Budaya Islam
  • CARA MENGURUSKAN NAJIS
  • Maha Hebat KuasaMu Ya Allah!
  • ADAKAH WAJIB MEMAKAI TUDUNG KETIKA MEMBACA AL-QURAN DI RUMAH?
  • Individu Berjiwa, Berfikiran Dan Berwatak Positif Akan Menarik Wang Dan Peluang Berdatangan
  • Tidak Kenal Rasulullah SAW - Bagaimana Mungkin Mencintai Baginda?
  • Akibat Sering Masturbasi
  • Seorang lelaki Perancis mengaku telah memenggal kepala editor kartun hina Nabi
;