Home » » Menagih Rahmat Memburu Berkat (2)

Menagih Rahmat Memburu Berkat (2)

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Ramai yang bercakap tentang berkat. Kita juga sering mendengar 'ambil berkat' 'untuk memperoleh keberkatan' atau seumpamanya.

Tahukah kita apa sebenarnya maksud berkat atau barakah itu? 

Apa makna berkat?
Didalam kamus al-Mawrid, barakah (البركة ) bermaksud - "blessing, benediction; good fortune; prosperity; continual good, abundant good; felicity". Didalam kamus Sakhr perkataan barakah bermaksud (النَّماءُ والخَيْر ) - perkembangan dan kebaikan; atau "blessing' didalam Bahasa Inggerisnya. Kamus Sakhr memberi maksud "blessing" sebagai "ask God's favour for; wish happiness or favour to; consecrate; make sacred or holy; call (God) holy". Merriam online dictionary pula mendefinasikan "blessing" sebagai "a thing conducive to happiness or welfare".

Secara umumnya kita oleh menyatakan maksud barakah disini adalah memohon RESTU  atau REDHA dari Allah swt agar dikurniakan kebaikan yang berkembang. Barakah ini tidak syak lagi adalah dengan keizinan Allah swt. Jika seseorang itu memohon Allah agar memberkati rezekinya, maka jika Allah kehendaki, dia akan memberi barakah kepada seseorang itu, sebagaimana berkata Nabi Isa as, firman Allah swt : -

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ
"Dan Dia menjadikan daku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada" 
[surah al-Maryam : 31].

Allah swt adalah al-Mubaarik (pemberi restu / barakah) dan hambanya adalah al-Mubaarak; seseorang yang diberkati sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas. Sifat memberi barakah ini hanyalah milik Allah swt, sebagai dia mensifatkan dirinya :-

تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

"Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam." [Surahal-A’raaf : 54].

Barakah Allah adalah dimana sahaja dia letakkan, firmannya :-

وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (keberkatannya)" [Surah Qaaf :9]


Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Mengenali Dr. Mursi - Presiden Mesir Yang Digulingkan
  • Jangan bangga, jangan berlagak
  • Kisah Benar - Sebelas Hari Di ‘Neraka’
  • THE SECRETS OF HOLY MECCA / RAHSIA KOTA SUCI MEKAH
  • 7 Perangkap Iblis Yang Perlu Anda Tahu
  • Subhanallah, rahsia azan subuh dari aspek ilmiah (2)
  • Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini, sujud boleh melihat terus ke dalam laut
  • Isu Tan Sri Khalid, Benarkah Permulaan Perpecahan Pakatan Rakyat?
  • Zaman yang Paling Rasulullah SAW Takuti
  • KISAH NABI NUH A.S (bahagian ketiga)
  • Mengintip Peluang Usaha Rental Tanaman Hias
  • Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang cap jari Sebagai Identiti
;