Home » » Khatam Quran, Faham Serta Amalkan!!!

Khatam Quran, Faham Serta Amalkan!!!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Semua mengetahui kelebihan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang diturunkan pada al-Quran. Lantaran itu ibadah yang sangat dituntut dalam bulan Ramadhan ialah mendampingi al-Quran: membaca, menghafal, mempelajari, memahami, mentadabbur, mengamal dan menyebarkan.

Firman Allah Ta'ala bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr 15:9)

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, antara sebab terpelihara al-Quran ialah menghafalnya di dalam dada, menulisnya di mushaf-mushaf, membacanya secara berterusan, mengkaji dan mempelajari tanpa henti, mematuhi adab-adab serta syarat-syaratnya, memelihara amalan-amalan yang batin dan adab-adab yang zahir.

Beliau juga menceritakan bagaimana kesungguhan salaful-soleh membaca al-Quran: sebahagian mereka khatam satu kali dalam sehari semalam, dua kali dan tiga kali. Ada juga yang khatam satu kali dalam sebulan. 

Katanya, yang paling utama diikuti adalah saranan Nabi s.a.w. di dalam hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang baca al-Quran kurang daripada tiga hari (sekali khatam), dia tidak akan memahaminya." Ashab as-Sunan dan ditashih oleh at-Tirmizi. 

Di dalam hadis lain, baginda s.a.w. menyuruh Abdullah bin Umar r.a. agar mengkhatam al-Quran setiap minggu (sekali dalam seminggu)." Muttafaq 'alaih. Sebahagian besar sahabat r.a. seperti Usman bin 'Affan, Zaid bin Sabit, Abdullah bin Mas'ud, Ubai bin Ka'ab radhiallahu'anhum ajma'ein khatam setiap hari Jumaat.

Maka dapat disimpulkan, tempoh khatam al-Quran terbahagi kepada empat peringkat:
1. Satu kali dalam sehari semalam. Ini dianggap makruh oleh kebanyakan ulamak
2. Satu kali dalam sebulan. Ini dikira terlalu cuai sebagaimana yang pertama tadi terlalu membanyakkan
3. Satu kali dalam seminggu
4. Dua kali dalam seminggu. Ketiga dan keempat dianggap paling sederhana.
(Ihya’ Ulumud-Din, jilid 1, halaman 361 dan 366)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kes S Deepa, Pertembungan 2 Mahkamah?
  • PRESS STATEMENT - An Answer For Dr Kasim Ahmad Who Is An Anti-Hadith.
  • Mengapa Kaum Nasrani Membakar dan Memusnahkan Talmud?
  • Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat
  • Pengalaman Kena Serangan Jantung - Iktibar Apa Yang Sepatutnya Kita Lakukan?
  • 10 Perusahaan Farmasi Terbesar Di Dunia
  • Sunnah-Sunnah Nabi saw Sebelum, Ketika Dan Selepas Tidur
  • MUSAFIR KE TEMPAT KERJA; HARUSKAH JAMAK DAN QASAR?
  • Kisah Hidup Syaikh al-Albani, Pakar Hadits Abad Ini
  • TANAMAN BAWANG MERAH UNTUK OBAT
  • Rahsia Gunung Qaf Dan Nun
  • 15 Sifat Manusia Dalam Al-Quran
;