Soalan; ustaz, sepertimana yang saya tahu, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Tapi ustaz, macam mana pula jikalau suaminya telah meninggal? Adakah syurganya kembali kepada ibu kandungnya?
Jawapan;

Sabda Nabi SAW;
???????????? ??????? ?????????? ?????? ?????????????
�Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka� (Al-Mu'jam al-Kabir, at-Thabrani; 2202. Menurut al-Munziri; sanad hadis ini baik. Lihat; at-Targhib wa at-Tarhib, al-Munziri; 3751). Sabda baginda juga; ???? ???????? ??? ???? ????????? ???????? ???????? ??? ?????? ?????????
�Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa� (HR at-Tirmizi dan al-Hakim dari �Abdullah bin �Amru RA. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami� as-Saghier, hadis no. 4456).Sama ada bergelar isteri atau tidak, seorang anak tetap wajib berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan bapanya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran. Mentaati suami adalah perintah Allah, berbakti kepada ibu dan bapa juga perintah Allah, maka kedua-duanya wajib dilaksanakan semampunya.
Untuk memahami lebih lanjut, sila baca jawapan saya sebelum ini; (ADAKAH SYURGA BERPINDAH KE BAWAH TAPAK KAKI SUAMI SETELAH BERKAHWIN?).
Wallahu a'lam.
0 ulasan:
Catat Ulasan