Home » » Musibah Kehilangan Anak Saudara

Musibah Kehilangan Anak Saudara

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sejak malam semalam, mata kiri Pak Lang sentiasa bergerak-gerak. Itu suatu yang lumrah terjadi pada diri Pak lang seolah-olah satu khabar buruk akan terjadi. Kebetulan atau tidak, mata kiri itu tidak lah sebegitu melainkan disusuli dengan hal-hal yang dukacita. Ianya pengalaman sepanjang hidup yang menjadikan hati berdebar2 bila mata kiri sebegitu. Hati cemas, berdoa dan berharap moga diselamatkan semuanya. Kuasa Tuhan adalah segala-galanya. Bersiaplah menghadapi apa sahaja dengan redha.

Selepas maghrib, semasa di Labuan, Pak Lang menerima telipon dari bapa mertua mengkhabar suatu berita yang sangat mengejutkan. Allahu akbar! 

Keluarga isteri Pak Lang di Kelantan sedang menghadapi musibah kehilangan anak lelaki berusia 13 tahun yang masih hilang di pantai Tok bali, Pasir Puteh, kelantan. Sejak di tarik ombak besar ke tengah laut jam 4.15 petang semalam (Ahad 25hb Disember), Amir Azfar ini belum lagi ditemui. 

Seluruh keluarga berhimpun di pantai tersebut sepanjang malam walaupun usaha mencari dan menyelamat telah dihentikan malam tadi. Pagi ini usaha mencari diteruskan tapi belum ada tanda kelibatnya. 

Semoga kejadian yang memilukan ini mendatangkan rasa takut setakut-takutnya kepada Allah untuk setiap hati kembali tunduk kepadaNya. Dia maha mentadbir, maha merencanakan atas setiap hambaNya. Harapnya keinsafan berterusan akan terus wujud di dalam setiap hati keluarga yang saling menghargai.

Setiap individu mengambil ruang sendiri untuk berdoa, bermunajat, baca Yasin dan solat hajat mengharapkan Allah membantu 'menghantar' kembali anak yang dikasihi ke pangkuan mereka. Ya! disaat tiada lagi tempat sandaran akal, fitrah semua manusia akan kembali mengharapkan sepenuhnya keajaiban dari kuasa Allah yang maha ajaib!

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •  Juruterbang Cerita Pengalaman Ngeri Berdepan Awan Cumulonimbus
  • Kisah Benar - Sebelas Hari Di ‘Neraka’
  • 25 Panduan Memulakan Perniagaan
  • Maniskan Wajah - Penyelesaian Mudah Cara Rasulullah SAW!
  • SUNTIKAN VITAMIN C DAN BOTOX
  • Kenali Fatih Seferagic Imam Muda Bosnia
  • Satu Penjelasan Saintifik Mengapa Islam Melarang Manusia Minum Arak
  • Bekas penjaring gol terbanyak Liga Sepanyol 2006-2007 derma wang setahun gaji untuk masjid
  • Mengenali Musuh Utama Umat Nabi Muhammad saw.
  • Kisah biawak padang pasir yang berkata-kata
  • Kalimat Terakhir Di Penghujung Nafas Ustman bin Affan
;