Home » , , » ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID?

ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Apa hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Adakah dilarang sepenuhnya? Atau diharuskan dengan syarat-syarat tertentu?

Jawapan;

Menurut mazhab Syafiie �sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin-; Diharuskan kepada orang-orang kafir untuk memasuki mana-mana masjid selain Masjidil Haram dan masjid-masjid dalam Tanah Haram, dengan syarat mendapat keizinan dari orang-orang Islam. Tidak harus mereka memasuki Tanah Haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Adapun masjid-masjid selain Masjidil Haram, harus mereka memasukinya dengan keizinan kaum muslimin. Tidak harus tanpa keizinan kaum muslimin mengikut qaul soheh (dalam mazhab Syafiie) (Rujukan; Raudhatu at-Talibin (Imam an-Nawawi), 1/301).

Larangan orang kafir memasuki Masjidil Haram adalah berdalilkan firman Allah;

??? ???????? ????????? ??????? ???????? ?????????????? ?????? ????? ?????????? ??????????? ?????????? ?????? ????????? ?????
�Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu adalah kotor. Oleh itu, janganlah mereka menghampiri Masjidil Haram sesudah tahun ini�.� (surah at-Taubah, ayat 28).

Adapun keharusan mereka memasuki masjid-masjid yang lain, adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;

1.      Pernah seorang tawanan yang masih kafir (iaitu Tsumamah bin Utsal) diikat oleh Nabi SAW di dalam masjid, iaitu di salah satu tiang dalam masjid (lihat; Soheh al-Bukhari; 462. Soheh Muslim; 1764/59. dari Abu Hurairah RA).

2.      Nabi SAW pernah menerima kedatangan rombongan Nasrani (Kristian) Najran dan menempatkan mereka di dalam masjidnya. Imam al-Khatib as-Syirbini menjelaskan dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj; �Telah tsabit bahawa Nabi SAW pernah membenarkan orang-orang kafir memasuki masjidnya. Perkara itu berlaku setelah turunnya surah at-Taubah (yang melarang orang kafir memasuki Masjidil Haram tadi). Surah at-Taubah diturunkan pada tahun ke 9 hijrah, sedang para rombongan kaum tiba kepada baginda pada tahun ke 10 hijrah. Antara romobongan yang datang ialah rombongan Nasrani (Kristian) Najran. Nabi SAW menempatkan mereka di dalam masjidnya dan berdiskusi dengan mereka tentang isu al-Masih (Nabi Isa AS) dan isu-isu lainnya� (Mughni al-Muhtaj, 4/311).  

Kesimpulannya, berdasarkan pandangan mazhab Syafiie; orang kafir dibolehkan memasuki masjid dengan syarat-syarat berikut;
1.      Bukan Masjidil Haram dan masjid-masjid dalam Tanah Haram.
2.      Mendapat keizinan dari kaum muslimin, termasuk ulil Amri (pemerintah) dari kalangan mereka.

Wallahu a�lam.

Tambahan (pandangan mazhab-mazhab lain);

1. Menurut Imam Malik; orang kafir tidak harus memasuki masjid melainkan jika ada suatu keperluan. Menurut Imam Abu Hanifah;  hanya orang kafir kitabi sahaja diharuskan memasuki masjid. Adapun kafir musyrik tidak harus memasukinya berdalilkan hadis;

??? ???????? ??????????? ????? ???????? ?????? ???????? ?????? ?????? ?????? ?????????? ????????????
�Tidak boleh memasuki masjid kita (bermula) tahun ini orang musyrik kecuali ahli kitab dan juga khadam mereka� (Musnad Ahmad; 14649)

Rujukan;Syarh as-Sunnah (Imam al-Baghawi), 11/82. Ibanat al-Ahkam syarh Bulughul Maram, 1/268. 

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kebutuhan Vitamin YAng Tepat Pada Ayam
  • Wahai Wanita, Jadilah Bidadari Syurga Untuk Suamimu!
  • Bekas Tahan Taliban, Yvonne Ridley - Kagum Dengan Hak Wanita Dalam Islam
  • Khas Untuk Remaja GISB / YKPPM - Fadhilat / Kelebihan Berkahwin.
  • Akhir Zaman: Akan Berlaku Perselisihan Setelah Wafatnya Seorang Pemimpin
  • Keindahan Islam yang Orang Tidak Nampak
  • Ziarah kubur, kebiasaan dilakukan Mesut Ozil pulang ke kampungnya di Turki
  • Sesi Persekolahan Ditangguh
  • Nikah Mut'ah Hanya Ada Dalam Syiah!!!
  •  'Jangan risau guna produk Qu Puteh yang lain' - Datuk Vida
  • 'Orang Gila' Yang Luar Biasa
  • Sukses Berternak Burung Kenari
;