Home » , , » Berpegang Pada Mazhab yang Berbeza Berkenaan Hukum Menelan Kahak Ketika Berpuasa

Berpegang Pada Mazhab yang Berbeza Berkenaan Hukum Menelan Kahak Ketika Berpuasa

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


SOALAN:

Ana nak tanyer pasal bermazhab ni.. jikalu seseorang yg berpuasa berpegang pada mazhab syafie yg mengatakan menelan kahak adalah batal, seseorang itu menelan kahak dengan sengaja... dan kemudiannyer dia ingin menukar pegangan pada pandangan yang mengatakan puasa tidak batal.. adakah diboleh kan berbuat demikian?... Sekian terima kasih.

JAWAPAN:

Jika kita asalnya seorang muqallid dan ingin menukar pendapat fiqih kepada imam yg lain atau madzhab yang lain, anda hendaklah meningkatkan keupayaan diri menjadi muttabi' (mampu meneliti perbahasan fiqih dalam masalah khilafiah).

Isu yg anda musykilkan ialah " apakah menelan kahak membatalkan puasa?"
Maka anda hendaklah meneliti perbahasan dalam tajuk ini secara detail.

Kahak atau mucus adalah cecair yg pekat yg menjijikkan dan kemungkinan mengandungi banyak kuman. Akal sihat menyatakan kahak hendaklah dikeluarkan dari mulut.
Jadi tanpa meneliti perbahasan fuqaha' pun, anda boleh menetapkan kahak tidak baik untuk kesihatan kita.

Menelan kahak/mucus dengan sengaja bermakna ada niat puasawan berbuat demikian. Ini kerana sengaja bemaksud dia mampu meludahkan kahak itu tapi dia sengaja untuk menelannya. Maka jika sengaja menelan kahak mengikut Mantan Mufti KSA, syaikh Ibn Uthaimiin, juga TIDAK batal (Syarh Mumti' 6/425)

Isu menelan kahak ialah jika seseorang dalam kesulitan, misalnya dalam saf solat di mesjid dan dia tidak ada tisu, maka tidak ada cara lain, melainkan ia terpaksa menelannya. Dalam kesulitan, maka di bolehkan. Dalilnya: 2:185 (ALLah mengkehendaki kemudahan bagimu).

Rumusan: Isu menelan kahak dgn sengaja tidak memerlukan anda membelanjakan terlalu banyak masa utk berpindah madzhab atau Imam. ini kerana kahak bukanlah benda yg baik utk ditelan oleh manusia....jika anda mampu, luahkan kahak baik anda berpuasa atau tidak. Sekian

Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my/

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Isu Tan Sri Khalid, Benarkah Permulaan Perpecahan Pakatan Rakyat?
  • 10 Lukisan Temahal di Dunia
  • Kisah Lima Perkara Aneh
  • AMARAN: 5 Tanda Anda Susah Tidur Malam
  • Cara Samir Nasri ucapkan Selamat Hari Raya
  • Tips Membina Diri Untuk Sentiasa Bermotivasi!!!
;