Home » , » Masuk Angin Ketika Berpantang, Jangan Buat Main-Main, Segera Buat Langkah Ini!

Masuk Angin Ketika Berpantang, Jangan Buat Main-Main, Segera Buat Langkah Ini!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Ramai daripada kita hari ni selalu sangat mengabaikan tempoh waktu berpantang. Selalu ambil mudah dan selalu bersoal jawab mengapa dan mengapa sesuatu perkara itu dilarang.

Itulah peel wanita muda hari ni. Sudahnya badan jadi lesu, tidak sihat dan akhirnya masuk angin, seram sejuk dan paling ditakuti jadi bentan!

Pun begitu ada wanita berpantang yang langsung tak ambil kisah akan hal ini. Tidak langsung takut kesannya dikemudian hari. Mungkin sekarang anda tidak rasa akan kesannya. Bila usia makin bertambah, jangan pula nanti menyesal!

Bagi ibu berpantang, masalah sakit kepala adalah perkara biasa. Namun jangan pula dibiarkan berlarutan masalah ini. Sakit kepala biasanya terjadi disebabkan ibu yang tidak cukup tidur kerana menyusukan bayi di malam hari. Ketidak stabilan hormon ditambah dengan rehat yang tidak mencukupi juga membuatkan suhu badan ibu berubah.

Kesan daripada selepas bersalin juga membuatkan susu badan ibu berpantang menjadi turun naik dan tidak stabil. Akibatnya wanita berpantang akan mengalami sakit kepala atau pening-pening. Petua orang lama jangan sekali ditinggalkan. Menurut orang tua-tua, petua menggunakan limau nipis mampu mengatasi masalah ini. Bagaimana?

1. Ambil buah limau nipis atau limau kasturi, potong dan gosokkan ke kulit kepala.

2. Biarkan sehingga kering kemudian barulah dicuci.

3. Lakukan langkah ini sebelum mandi pada waktu pagi.

4. Sebaiknya lakukan sebelum proses bertungku dilakukan.

5. Selesai bertungku dan air limau nipis di kepala kering, bolehlah terus mandi dan bilas seperti biasa.



Mandi dengan menggunakan air herba seperti biasa juga amat disarankan. Jika sakit kepala kerana suhu badan, ikat rambut anda ketat- ketat dan tinggi. Cara ini menyebabkan muka anda turut tegang dan dapat menghindarkan sakit kepala. Angin juga tidak dapat masuk.

Selebihnya berpantanglah seperti biasa. Pastikan ibu memperolehi rehat yang mencukupi untuk menjaga bayi anda. Jagalah diri sendiri kerana kelaknya kita juga yang akan menanggungnya di kemudian hari!

sumber: keluarga.my

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Perkembangan Embrio Manusia - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an
  • Kisah Benar Poligami (2) - Isteri Suka Suami Yang Hebat
  • Wanita Syria ini angkat senjata melawan tentera Syria dan tentera Syiah Shabihah
  • Kenapa Perlu Ingat Mati?
  • 17 perkara menghalang dari azab kubur
  • SUAMI DAN FACEBOOK ISTERI
  • Ular tumpang solat
  • Penelitian Tentang Bangsa Maya, Kiamat 2012 oleh William Hart
  • Netanyahu Ajak Warga Yahudi Gali Terowongan Di Bawah Masjid Al Aqsa
  • Tanaman Rosella Yang Banyak Manfaat
  • Rasulullah Sentiasa Mandi Bersama Isteri
  • Tan Sri Khalid Tidak Akan Lepaskan Jawatan MB Selangor - Apa Sudah Jadi Dalam PKR?
;