Home » , » Sifat- Sifat Wanita Yang Di Sukai Lelaki | Mengekalkan Hubungan Cinta Dalam Rumahtangga

Sifat- Sifat Wanita Yang Di Sukai Lelaki | Mengekalkan Hubungan Cinta Dalam Rumahtangga

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Image result for Mengekalkan Hubungan Cinta Dalam Rumahtangga



Saban tahun ribuan pasangan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing, lantaran tiada kesefahaman dalam melayari bahtera perkahwinan.


Mengapa hal ini perlu terjadi? Sedangkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta seharusnya dapat dilalui dengan bahagia sehingga ke akhir hayat. Apabila perceraian berlaku, ramai yang menunding jari ke arah para isteri.

Jadi, pada entri kali, penulis ingin sekali mengemukakan sifat-sifat  utama yang paling disukai lelaki. Semoga dengan adanya �guidelines� ini dalam diri seorang wanita, wanita itu akan jadi lebih berhati-hati dalam mengekalkah hubungan cinta dalam rumahtangga.

1. Sikap Keibuan

Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.

2. Keanak-Anakan

Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. Wanita ceria membuat lelaki lebih berminat.

3. Penuh Pengertian

Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan.

4. Menghargai

Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga dan sangat mensyukuri kehadiran anda.

5. Menjaga Penampilan

Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

6. Pandai Berbicara

Lelaki amat tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual. Biarpun topik yang dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda harus bijak mendengar dan memberi respon kepada perbualannya.
Lelaki juga suka dengan wanita yang pandai bergurau dan menyelitkan jenaka dalam komunikasinya.

Sumber: http://gilerkentang.com

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kisah Kejatuhan Kerajaan Islam di Andalus
  • Kisah Kelahiran Al-Masih Di Dalam Surah Maryam
  • Pahala kita menjadi milik orang, dosa orang menjadi milik kita
  • Kisah Nabi Ishaq AS
  • Helaian Rambut Rasulullah SAW Masih Wujud Dan Dapat Dilihat?
  • Kenapa Harus Sujud dan Menghadap Kiblat?
;