Home » » Penggunaan Kalimah �ALLAH"

Penggunaan Kalimah �ALLAH"

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka saya sukacita menjelaskan pendirian saya mengenai hal ini.

Saya berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan "over react" dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. 

Sesungguhnya, saya melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud: 

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." 
(Al Quran, Az-Zumar (39):38)

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). 

Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. 

Gereja di Indonesia

Begitu juga bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. 

Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?

Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:

"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" 
(Surah Ali `Imran(3):64)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM
  • 5 Sepeda Motor Termahal di Dunia
  • Subhanallah! Lelaki Ini Ampuni Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran
  • Bagaimana untuk kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan
  • Kisah Imam Hanafi Dengan Sepatu Kayu
  • ZAKAT WANG KWSP DAN HUTANG PTPTN
  • Mengapa Daging Babi Haram?
  • Dakwaan Penduduk Maldives Kukuh, Pesawat Tidak Terhempas
  •  Sayyidah Khadijah Menguji Jibril
  • Gambar-Gambar Di Akhir Persembahan Teater Transit Warga Tanah
  • 10 Makanan Indonesia yang Populer di Luar Negeri
  • Allahu Akhbar, bom syahid 700kg hancurkan kem rejim syiah Syria
;