Home » » ZAKAT WANG KWSP DAN HUTANG PTPTN

ZAKAT WANG KWSP DAN HUTANG PTPTN

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Assalamualaikum, Saya ingin mandapatkan penjelasan mengenai masalah berikut:
Saya bakal mengeluarkan duit EPF saya pada bulan April ini untuk melangsaikan hutang tertunggak PTPTN saya. Hutang tertunggak ini disebabkan oleh saya tidak mampu untuk membayarnya pada masa yang lalu. soalannya, adakah duit ini perlu dikenekan zakat sedangkan saya ingin melangsaikan hutang? Saya sangat berharap untuk mendapatkan maklum balas tentang permasalah ini. Diharapkan pihak tuan dapat membantu saya. Terima kasih.

Jawapan;

Harta yang dikenakan zakat ialah yang memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Milik sempurna
2. Harta yang boleh berkembang
3. Cukup nisab
4. Lebihan dari keperluan-keperluan asasi
5. Bebas dari hutang
6. Cukup haul

Maksud �Bebas dari hutang� ialah; harta yang diwajibkan zakat ialah harta yang pemiliknya tidak dibelenggu oleh hutang yang perlu dibayar segera. Maka merujuk kepada kes saudara, dengan wang EPF itu hendaklah saudara menyelesaikan terlebih dahulu tunggakan hutang PTPTN itu, kemudian bakinya barulah dikeluarkan zakat jika mencukupi nisab iaitu nilai semasa 85 gram emas. Kadar zakatnya ialah 2.5% dan dikeluarkan sebaik sahaja wang EPF itu diterima dan ditolak hutang tadi.[1]

Wallahu a�lam.

Rujukan;

1. Lihat; al-Fiqhul Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 468.
2. Fiqh az-Zakah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 1, hlm. 177-178.

Nota hujung;

[1] Jawapan di atas diberikan berdasarkan pandangan jumhur Ulama� iaitu orang yang dibelenggu oleh hutang, tidak wajib zakat atasnya kerana ia adalah orang yang memerlukan, sedangkan zakat hanya wajib atas orang kaya (yakni memiliki harta melebihi keperluan utamanya). Walau bagaimanapun pandangan jumhur ini berbeza dengan pandangan ulama�-ulama� mazhab Syafi�ie iaitu; Hutang tidak menggugurkan kewajipan zakat. Ada juga di kalangan ulamak yang berpandangan; hutang menggugurkan kewajipan zakat dari harta-harta bathin sahaja iaitu emas, perak dan harta perniagaan, tidak dari harta-harta dzahir iaitu pertanian, buah-buahan, ternakan dan logam/galian. Perbezaan antara harta batin dan harta dzahir ialah; harta-harta dzahir subur dengan sendirinya, adapun harta-harta batin tidak subur dengan sendirinya. Pandangan yang rajih ialah pandangan jumhur ulamak tadi yang menyatakan; hutang menggugurkan zakat tanpa membezakan antara harta dzahir dan harta batin. (Lihat; al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 468, Fiqh az-Zakah, 1/177-178)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Sungai dalam Laut
  • Burung Hama Tapi bisa Bersuara Baik
  • Kemuliaan dan Keutamaan Aisyah Isteri Rasulullah SAW
  • Inilah Cerita Sebenar Disebalik Berita Google Bayar USD50 Ribu Kepada Budak Tingkatan 3
  • Catatan Perjalanan Seorang Blogger - Syria : Bumi Barakah
  • Solat dalam Bab Haid - PENTING untuk Muslimah
  • TIPS GAMPANG TERNAK MERPATI
  • KHASIAT TANAMAN OBAT : TERATAI
  • Dahsyatnya Kesan Dadah - Perubahan Pada Wajah Yang Menggerunkan!!
  • Alkohol Merupakan Penyakit
  • Kisah Seorang Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut
  • Hukum Solat Sunat Tahiyat Masjid Ketika Khutbah Jumaat Sedang Dibaca. Jangan Ambil Mudah!
;