Home » » HUKUM MEMAKAI GIGI EMAS

HUKUM MEMAKAI GIGI EMAS

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Assalamualaikum ustaz..apa hukum memakai gigi emas dan perempuan kafir ziarah kubur orang Islam..syukran

Jawapan;

Bagi wanita, harus memakai gigi emas jika menjadi adat (kebiasaan) setempat wanita-wanitanya berhias dengan memakai gigi emas. Adapun bagi kaum lelaki tidak harus sama sekali memakai gigi emas �begitu juga perhiasan-perhiasan yang lain dari emas- kecuali jika ada keperluan dan desakan sahaja. Ini kerana Nabi �sallallahu �alaihi wasallam- bersabda; �Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan untuk kaum lelaki� (HR Imam an-Nasai dari Abi Musa �radhiyallahu �anhu-).

Diriwayatkan dari �Arfajah bin As�ad �radhiyallahu �anhu- yang menceritakan;

?????? ???? ???? ???????? ?? ??????????? ??????? ????? ?? ???? ??????? ????? ?????? ??????? ??????? ?????? ??????? ??????? ??????? ??? ????? ????? ?? ????
�Semasa peperangan al-Kulab (yang berlaku pada zaman Jahiliyah), hidungku telah rosak. Lalu aku membuat hidung dari perak. Namun hidung itu membusuk, maka Rasulullah menyuruhku agar membuat hidung dari emas� (HR Imam at-Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan gharub).

Berdalilkan hadis ini, harus orang lelaki memakai emas jika ada keperluan dan desakan iaitulah untuk membaiki kecacatan di badan sekiranya tidak ada logam lain yang dapat mengambil tempat emas itu.

(*Mengenai hukum orang kafir menziarahi perkuburan orang Islam, akan dijawab dalam ruangan lain)

Wallahu a�lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Albisah Wa al-Zinah, Abdul-Wahhab Abdus-Salam Tawilah, hlm. 348.
2. al-Mausu�ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 18/109, kalimah �???�.
3. Liqa� al-Bab al-Maftuh, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, 28/10.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Ustaz Azhar: Perkahwinan, jual anak
  • Alat Fitnes Jadul dan Keunikannya
  • 6 Kawasan Laut Paling Misteri Di Dunia
  • SOLAT DHUHA BUATMU MURAH REZEKI SELUAS-LUASNYA
  • Kembalinya Pak Cik Tajul Ke Rahmatullah - Kematian Adalah Suatu Yang pasti
  • Peristiwa Aneh, Pelik dan Ajaib - Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati
  • SALING MENGHORMATI
  • Keajaiban Kaabah beri kesan positif
  • Harapan Kepada Para Perokok - Tiru Masyarakat Australia!
  • Jangan salah pilih makanan seperti Bani Israel
  • MENGUBAH RAMBUT
  •  GENERASI HARAPAN (GH) - Krisis Identiti?
;