Home » » HAJI DAN UMRAH DENGAN DUIT PINJAMAN

HAJI DAN UMRAH DENGAN DUIT PINJAMAN

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Ustaz, Saya ingin bertanya mengenai hukum mengerjakan haji dan umrah di bawah pakej pinjaman islamik yang ditawarkan. Tetapi dari segi tanggungan sedia ada tidak terganggu cuma ingin menunaikan haji/umrah dengan lebih segera. Jika ingin dikumpulkan wang mungkin mengambil masa. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk mengerjakan haji atau umrah. Orang yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan haji dan umrah menunjukkan bahawa ia belum mampu. Ibadah haji tidak wajib melainkan apabila seseorang itu telah mampu. Ini berdasarkan firman Allah (bermaksud); "Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah ialah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana" (Ali Imran, ayat 97). Kemampuan termasuklah dari segi kewangan merangkumi kos pengangkutan ke Tanah Suci, perbelanjaan diri sendiri di sepanjang perjalanan haji dan perbelanjaan orang-orang yang wajib dinafkahinya selama tempoh ia mengerjakan haji.

2. Walaupun tidak dituntut berhutang, namun jika seseorang itu meminjam/berhutang untuk mengerjakan haji/umrah, para ulamak menegaskan; hukumnya adalah harus (yakni tidak haram dan tidak juga makruh, walaupun yang terbaik ialah tidak meminjam) dan haji/umrahnya sah (jika memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan) serta gugur kewajipan haji/umrah darinya. Hendaklah dipastikan pinjaman itu bukan pinjaman yang berteraskan riba. Jika tidak, si pemimjam telah melakukan dosa besar dan mengurangkan pahala haji/umrahnya.

3. Apa yang terbaik ialah dengan kita menghimpun wang dari masa ke semasa dan apabila wang yang dikumpul mencukupi barulah kita menunaikan haji. Cara ini dapat mengelakkan kita dari menanggung hutang di mana berhutang di dalam Islam sekalipun diharuskan tetapi tidak digalakkan.

Rujukan;

1. Fatwa Dar al-Ifta' Mesir (www.dar-alifta.org), no. 1333.
2. Fatwa (islamweb.com), no. 13608, 7090, 12865, 58684.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • MUSAFIR KE TEMPAT KERJA; HARUSKAH JAMAK DAN QASAR?
  • Nasihat dari lubang kubur
  • Kebahagiaan Seorang Hamba Ialah Menangis Takutkan Allah
  • Penemuan Islam Yang Mengemparkan Dunia
  • Bila HP terendam dalam air
  • Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat
  • Dam Bagi Arwah yang Pernah Meninggalkan Puasa
  • Perbezaan Jin, Syaitan dan Iblis
  • ANAK SAUDARA ISTERI; ADAKAH HARUS BERSALAMAN DENGANNYA?
  • Kisah Penolong Kucing
  • ADAKAH DITUNTUT MENJAWAB AZAN KETIKA SEDANG MENGAMBIL WUDHUK?
  • Fenomena Bertudung di Kampus AS
;