Home » » FAKTA SAINS:- KEAJAIBAN SUJUD (BAHAGIAN KETIGA)

FAKTA SAINS:- KEAJAIBAN SUJUD (BAHAGIAN KETIGA)

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.


7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.

9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.

10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.

11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .

12. Mengurangkan kegemukan.

13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.

Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).


KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT MENGIKUT KAJIAN SAINS

solat apabila kita mengetahui kelebihan setiap pergerakkan dalam solat akan menjadikan solat yang kita lakukan itu lebih bermakna.
contohnya sujud => jumlah sujud dalam sehari (5 waktu)

*solat 4 rakaat => 4×2 = 8 => kita ada 3 kali solat 4 rakaat (zohor,asar n Isha’)=> 8×3=24 kali

*solat 3 rakaat => 3×2 = 6 => kita ada sekali solat 3 rakaat (Maghrib) => 6 kali

*solat 2 rakaat => 2×2 = 4 => kita sekali solat 2 rakaat (subuh) => 4 kali

*jumlah keseluruhan => 24+6+4=34 kali sujud sehari

Dalam satu kajian sains oleh seorang prof.(bukan Islam) dalam bidang bialogi di salah sebuah universiti di US, dia menyatakan bahawa keadaan sujud boleh menyebabkan pengaliran darah ke otak secara menyeluruh.

Ia membolehkan otak kita berfungsi mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah.(selepas membuat kajian ini prof. tersebut telah memeluk Islam)…amin

Dalam kajian yang sama dia menyatakan tindakan kita melakukan sebanyak 34 kali sujud boleh meningkatkan daya ingatan, menghapuskan kebarangkalian penyakit gila sebelum usia 40thn dan penyakit nyanyok.

disalin dari : http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk-muslim-section/43497-kelebihan-sujud.html

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Gara-Gara Malu 15 Pegawai Kastam Sarung Muka Dengan Seluar Dalam
  • DOA KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN SESAT
  •  Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan
  • Terong Yang Dipercaya Sebagai Obat Kuat
  • Gejala Pengkid - Apa Benda Tu?
  • KEPADA SIAPA PEMINANGAN HENDAK DITUJUKAN?
  • Tanda-tanda Kewujudan Makhlus Halus Dan Tips Menghadapinya
  • Tujuh Hamba yang Akan Dilindungi Allah Pada Hari Kiamat
  • Azab Orang yang Sering Memaki Ibunya
  • Doktor termuda di dunia dari Palestin - Guinness World Records
  • Inilah Madu yang Allah Berikan Kepada Hamba di Akhir Hayatnya
  • Bulan Ramadhan Bulan Kemenangan - Sejarah Penting Di Bulan Ramadhan
;