Home » » Mengenai peristiwa masa depan dalam Alquran

Mengenai peristiwa masa depan dalam Alquran

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sisi keajaiban lain dari Al-Quran adalah Al-Quran memberitahu terlebih dahulu sejumlah peristiwa yang akan terjadi di masa akan datang. Ayat ke-27 dari surah Al-Fath, sebagai contoh, memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan menakluk Mekah, yang ketika itu dikuasai kaum penyembah berhala:

"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui, dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat. " (Surah al-Fath: 27)

Ketika kita lihat lebih dekat lagi, ayat tersebut seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sesungguhnya, sebagaimana dikemukakan dalam ayat tersebut, kaum mukmin terlebih dahulu menaklukkan Benteng Khaibar, yang berada di bawah kawalan Yahudi, dan kemudian memasuki Makkah.

Pemberitaan tentang peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa depan hanyalah salah satu di antara sekian hikmah yang terkandung dalam Al-Quran. Ini juga merupakan bukti akan kenyataan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah, Yang pengetahuan-Nya tak terhad.

Kemenangan Byzantin adalah salah satu berita tentang peristiwa masa depan, yang juga disertai maklumat lain yang tidak mungkin dapat diketahui oleh masyarakat di zaman itu. Yang paling menarik mengenai peristiwa sejarah ini, yang akan diulas lebih dalam dalam laman-laman seterusnya, adalah bahawa pasukan Rom di kawasan paling rendah di muka bumi.

Ini menarik, sebab "titik terendah" disebut secara khusus dalam ayat yang mengandungi kisah ini. Dengan teknologi yang ada pada masa itu, sungguh mustahil untuk membuat pengukuran dan menentukan titik yang paling rendah di muka bumi. Ini adalah berita dari Allah yang diturunkan untuk umat manusia, Dialah Yang Maha Mengetahui.

-terjemahan dari republika.co.id | sumber asal dari Harun Yahya

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Rahsia Anak Pintar - Tidak Perlu Ambil Tuisyen!!!
  • Keajaiban Keajaiban Dalam Solat Tarawih
  • 9 Fakta Ilmiah yang Menarik
  • Kisah Wanita Amerika Cuba Mengadaikan Emas Kepada Lelaki Syria
  • Gaji CEO-CEO Dan Orang Pangkat Besar Di Malaysia
  • Anjing musafir
  • Mengatasi Hama kutu putih pada adenium
  • Saintis Dunia Ramal Pencarian MH370 Temui Kegagalan.. Ini Penjelasannya
  • Makanlah timun setelah memakan sate
  • Bertemanlah dengan Para Pencinta Akhirat
  • Seorang wanita Mesir berada ditengah hujan peluru dan kanister
  • Rukun Qauli dalam solat
;