Home » » Bukti wanita Gaza adalah paling subur di dunia

Bukti wanita Gaza adalah paling subur di dunia

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Bom demografi Palestin terus menghantui Israel. Walaupun setiap bulan membunuh rakyat Palestin, penjajah Zionis yahudi laknatullah tidak mampu menghentikan kadar pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat. Angka kelahiran baru yang dikeluarkan Pejabat awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza sekaligus menjadi bukti bahawa wanita Gaza adalah wanita paling subur di dunia.

Seperti dilaporkan oleh InfoPalestina, data menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza adalah 15 berbanding 1. Sepanjang empat bulan terkini terdapat 14280 angka kelahiran baru. Terdiri dari 7329 bayi lelaki, atau 51.3 peratus dan 6955 bayi perempuan atau 48.6 peratus. Ertinya, lebih dari 155 angka kelahiran berlaku setiap harinya.

Sedangkan angka kematian dalam tempoh yang sama berjumlah mencapai 974 orang. 523 orang atau 53.6 peratus daripadanya adalah lelaki dan 451 orang atau 46.3 peratus adalah perempuan. Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap harinya.

Data sebelumnya menunjukkan wanita Gaza dikenali sebagai wanita paling subur di dunia. Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi satu wanita. Angka itu jauh di atas paras kesuburan di Israel yang mencapai 2.6 bayi satu wanita.

Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009 lalu juga menunjukkan Gaza mempunyai ramai berusia muda iaitu 793520 atau 56 peratus jumlah penduduk Gaza adalah anak muda. Sedangkan Israel mempunyai kadar peratusan usia tua yang tinggi.
Diterjemah dari sumber globalmuslim

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Subhanallah, baru 5 tahun kanak-kanak ini sudah menjadi Imam
  • Ketika Kiamat Sudah Dekat, Orang Tidak Lagi Mengucap Salam
  • Bunga Kamboja dan Manfaatnya
  • Kapal Selam Rahsia NR-1 Milik Amerika Syarikat.
  • 10 jenis tangisan...
  • Legenda Naga di China : Khayal yang Menuju Kenyataan
  • Penterjemah Pertama Al-Quran ke Bahasa Jepun
  • Part 3 (911 Inside Job) - Bukti Kerajaan Amerika dan Dunia Penyembah Syaitan.
  • Siapa Bidadari Syurga
  • Allahu Akbar!! Sniper Bashar Al-Asad menyerahkan diri - VIDEO
  • Banduan muallaf ini dilarang simpan janggut
  • Cabai Merah dan Khasiatnya
;