Home » » Data perceraian: Lelaki Saudi masih tidur dengan bekas Isteri mereka

Data perceraian: Lelaki Saudi masih tidur dengan bekas Isteri mereka

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Talal Al-Bakri, seorang pegawai Saudi, mencadangkan adanya undang-undang yang boleh melindungi hak-hak perempuan yang bercerai. Dia merasa prihatin bahawa selama ini ramai lelaki Saudi yang masih terus 'tidur' bersama dengan bekas isteri mereka selepas perceraian melalui proses tanpa kehadiran si isteri.

Al Bakri, seorang ahli Dewan Syura (Parlimen) mengatakan undang-undang baru itu diperlukan kerana adanya peningkatan yang tinggi dalam kes perceraian di kerajaan Saudi, negara dengan ekonomi terbesar di Arab.

"Saya akan menjadi salah satu penyokong terkuat undang-undang yang akan melindungi hak-hak perempuan Saudi ini, termasuk faedah, hak penjagaan anak, dan hal-hal lain," katanya kepada harian berbahasa Arab Saudi 'Sabq'.

"Undang-undang ini juga menjadi penting mengingat fakta bahawa ramai lelaki menceraikan isteri mereka tanpa memberitahu mereka dan mereka terus tidur dengan isteri mereka selama berbulan-bulan. Ini tidak adil kerana sejak perkahwinan dengan persetujuan dari dua belah pihak, perceraian juga harus diselesaikan di hadapan dua orang itu. Saya berkeras menentang perceraian tanpa kehadiran si isteri. "

Bakri berkata Dewan Syura sudah bersetuju dengan cadangan ini.

Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar di dunia, mempunyai angka perceraian tertinggi di dunia, dengan satu kes perceraian berlaku setiap setengah jam pada tahun 2010 sahaja. Data rasmi menunjukkan Kerajaan Saudi mencatat 18.765 perceraian selama tahun 2010, lebih dari 35 peratus dari angka perkahwinan Saudi.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Permainan konsol Call of Duty: Modern Warfare 2 Favela hina Islam
  • Muat Turun: Ayat-Ayat Ruqyah
  • Semua Dijemput Hadir!!
  • Ciri Manusia Yang Dicari-Cari!!
  • CARA MENGURUSKAN NAJIS
  • Protokol Zionis ditulis di rumah Rothschild tahun 1773
  • kisah Unik di Balik IT Perusahaan di Dunia
  • Ajaibnya Khasiat Madu Lebah Kelulut
  • 32 rahsia penting Yahudi
  • April Mop (April Fool) - Peringatan Pembunuhan Beramai-Ramai Muslim Sepanyol 5 Abad Lepas
  • MB Selangor Yang Akan Dilantik Jumaat Ini Sudah Diketahui?
  • Siapa Para Ulama'?
;