FIKIRKANLAH...!! Segalanya Berubah Sekiranya Terlibat dengan METH !!
Wajah sebelum dan selepas menjadi penagih dadah!! Wajah yang asal menampakkan perubahan ketara akibat menjadi penagih Meth. Meth adalah singkatan bagi Methamphetamine. Wajah yang berubah sebegitu menggerunkan adalah pertanda dahsyatnya kesan penagihan dadah sebegini. Hidup tidak bermakna apa-apa. Semuanya hanya untuk dadah dan demi dadah!! Sekali terkena dengan niat hanya mencuba tetapi ianya cukup untuk mendorong mengambil dadah sekali lagi dan sekali lagi. Episod seterusnya adalah bala bencana sepanjang usia!! Jadi pesanan terbaik untuk para remaja "mencubalah!! untuk anda perangkapkan diri anda dengan dadah sampai bila-bila!!"
Apa itu dadah Methamphetamine ini?
Apa itu dadah Methamphetamine ini?
Methamphetamine adalah sejenis dadah sintetik yang bertindak sebagai perangsang sistem saraf pusat manusia. Kesannya bukan sahaja menjadikan individu itu ketagihan, malah ianya cepat membina toleransi kepada individu itu agar mereka untuk menggunakan lebih dan lebih bahan terlarang ini.
Kesan sampingan menggunakan dadah methamphetamine (Meth) termasuk paranoia, halusinasi dan tingkah laku berulang-ulang. Menurut Partnership for a Drug Free America, penagih dadah ini juga boleh mengalami delusi seolah parasit atau serangga merangkak di bawah kulit yang membawa mereka untuk menggaru diri.
Dalam jangka panjang penggunaan dadah methamphetamine ini, atau penggunaan yang melebihi dos yang tinggi, atau pada situasi kedua-duanya sekali boleh menyebabkan psikosis dan paranoia. Dalam beberapa kes yang di rekodkan, ianya juga boleh membawa kepada terjadinya strok dan membawa kepada kematian.
Di bawah adalah gambar beberapa individu yang mengalami perubahan pada wajah mereka, sebelum dan selepas akibat dari kesan buruk penggunaan dadah methamphetamine - Kredit: Rehabs.com
Beginilah akibat sekiranya terlibat dengan gejala dadah. Kepada anak cucu dan remaja sekelian, jauhi dadah kerana dadah merosakkan diri sendiri.!!
P/S : SAY NO TO DRUGS !!
0 ulasan:
Catat Ulasan