Home » » Penyanyi Ameng Cerita Siksanya Disebat Bagai Nak Mati - Tak Boleh Buang Air Besar Lebih Dua Minggu

Penyanyi Ameng Cerita Siksanya Disebat Bagai Nak Mati - Tak Boleh Buang Air Besar Lebih Dua Minggu

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KUALA LUMPUR, 17 Jun ― Hukuman penjara lima tahun memberi pengajaran yang mendalam buat Ameng, vokalis kumpulan Spring gara-gara terjebak dengan najis dadah.

Ameng Spring disambut isterinya Sabariah Zakariah dan anak Wan Amnar Haikal sebaik dibebaskan dari Penjara Kluang, 14 Jun 2016. — Foto Bernama

Bagi Ameng, nama popular Wan Aminuddin Wan Ismail, detik hitam yang tidak dapat dilupakannya apabila disebat 10 rotan yang dijalankan serentak ketika di Penjara Kluang. 

“Apa yang paling tidak boleh dilupakan apabila saya menerima hukuman sebatan 10 rotan yang dijalankan secara serentak.

“Kesakitan yang ditanggung tidak dapat dibayangkan dan terasa seperti hendak mati,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

“Saya tidak boleh baring, memakai seluar dan buang air besar hampir lebih dua minggu kerana terlalu sakit dan perit. Malah, saya hanya sembuh selepas sebulan.”

Penyanyi “Bourgenvilla” berkata tahun pertama berada di penjara amat memeritkan kerana sukar menerima kenyataan dipenjarakan.

Masa di penjara banyak dihabiskan dengan menangis mengenangkan tempoh hukuman yang masih panjang, tambahnya.

“Setahun lebih saya mengalami kemurungan dan tidak berdaya tersenyum. Saya menangis setiap masa, masa mandi menangis, makan menangis, sembahyang menangis, hendak tidur pun menangis.

“Saya berasa sangat kosong dan tidak berguna. Saya rasa seperti jiwa badan ini mati ketika berada dalam sel penjara,” beliau dilaporkan berkata.

Ameng, 48, berkata bagi mengelak mengulangi kesalahan sama, persembahan nyanyiannya selepas ini akan turut dihadiri keluarga.

Katanya, walaupun sudah banyak menerima undangan persembahan, namun keutamaan diberikan pada hujung minggu dan cuti sekolah.

“Saya akan utamakan keluarga dan terima tawaran persembahan jika ia diadakan pada hujung minggu dan cuti sekolah.

“Jika ada persembahan, saya turut akan membawa keluarga selepas ini bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini lagi dalam hidup saya.

“Saya juga akan menolak jika tawaran persembahan dilakukan di tempat seperti kelab malam atau menjual arak,” katanya.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Sikap Ulama Islam terhadap Agama Syiah
  • 30 Orang Pertama Dalam Islam
  • Afghanistan, peperangan terlama dalam sejarah Amerika
  • WAKAF WANG TUNAI
  • HUBUNGAN ANTARA IBU SUAMI DAN ANAK LELAKI ISTERI: ADAKAH MAHRAM?
  • Orang Yang Istimewa Di Sisi Tuhan - Bagaimana Sudahnya Hayat KIta?
  • Ramai Yang Tidak Tahu Apakah Itu Wahabi?
  • Khilafah Islamiyah ISIL Tiada Nilai Di Sisi Syarak
  • DAP Hilang Sabar, Mahu MB Ditukar Dengan 'Siapa Saja'
  • Bintang All Black peluk Islam
  •  Tugas Kita Sebagai Hamba Dan Khalifah - Di Golongan Manakah Kita Berada?
  • "Papa kat syurga. kalau nak papa, kena baca doa selalu"
;