Home » » BOLEHKAH MELAKUKAN SOLAT SUNAT BA�DIYAH DAN SOLAT WITIR SELEPAS JAMAK TAQDIM MAGHRIB DAN ISYAK?

BOLEHKAH MELAKUKAN SOLAT SUNAT BA�DIYAH DAN SOLAT WITIR SELEPAS JAMAK TAQDIM MAGHRIB DAN ISYAK?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; salam tuan, saya ade beberapa soalan untuk pencerahan:

1. solat sunat - bolehkan individu melakukan solat ba'diyah isya' & witir  selepas solat jamak taqdim maghrib dan isya'?

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Selepas melakukan solat secara jamak taqdim, kita dibolehkan terus melakukan solat ba�diyah isyak dan juga solat witir berdasarkan fatwa ulamak, antaranya Imam an-Nawawi yang menjelaskan dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin; �Bagi jamak isyak dan maghrib (secara taqdim), mulai dengan mengerjakan kedua solat fardhu (yakni maghrib dan diikuti isyak), kemudian diikuti solat sunat selepas maghrib, kemudian solat sunat selepas isyak, kemudian witir. Bagi jamak zohor dan asar, mulai dengan solat sunat sebelum zohor, kemudian solat zohor, diikuti solat asar, kemudian solat sunat selepas zohor, kemudian solat sunat asar� (Raudhatu at-Talibin, bab al-jam�u baina as-solataini, 1/402).

Solat sunat yang datang selepas solat fardhu, ia mengikut solat fardhu itu sendiri. Oleh kerana dalam jamak taqdim solat fardhu kedua (yakni asar atau isyak) dipercepatkan ke dalam waktu pertama (zohor atau maghrib), maka solat sunatnya juga dipercepatkan kerana mengikuti solat fardhu yang dipercepatkan. Solat witir pula, waktunya ialah selepas menunaikan solat isyak hinggalah solat subuh. Oleh kerana dalam jamak taqdim solat isyak dipercepatkan, maka waktu solat witir juga boleh dipercepatkan iaitu sebaik selesai solat isyak secara jamak taqdim (lihat; al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, bab Solat al-Musafir, 2/207).

Wallahu a�lam.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Maksiat Akan Melahirkan Maksiat Yang Lain
  • Yahudi Menipu Kita
  • ADAKAH DITUNTUT MENJAWAB AZAN KETIKA SEDANG MENGAMBIL WUDHUK?
  • Pelajari Makna Bacaan Dalam Solat Kita
  • Tak Peduli Lagi Harta Haram Ataupun Halal, Inilah Salah Satu Tanda Akhir Zaman
  • Bagaimanakah Dunia Dari Kaca Mata Anak Kecil Anda?
  • 5 Tempat Seram Di Malaysia
  • Sudah Sampai Masa Untuk Noh Omar Berundur!!
  • Hendak Tahu? Kenapa Utusan Malaysia Semakin Dilupakan Orang
  • Bangsa Yahudi di Tanah Melayu
  • Al-Qaeda ciptaan Amerika Syarikat
  • 15 Kematian Yang Di Inginkan
;