Home » » WANITA DALAM EDDAH KEMATIAN SUAMI; HUKUM KELUAR BERKERJA DAN BERHIAS

WANITA DALAM EDDAH KEMATIAN SUAMI; HUKUM KELUAR BERKERJA DAN BERHIAS

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, boleh ustaz jelaskan, apakah hukum nya, seorang isteri yang kematian suami, berhias untuk ke tempat kerja? Dia berhias bukan berniat untuk berkahwin lain tetapi berhias untuk diri sendiri. Memandang kan saya berhias kerana faktor kerja. Harap ustaz dapat memberi jawapan pada soalan saya ini, Terima ksih, assalamualaikum.


Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Soalan di atas merangkumi dua hukum;
1. Hukum keluar berkerja
2. Hukum berhias

Bagi hukum pertama; dibolehkan wanita yang kematian suami untuk keluar berkerja (atau untuk urusan-urusan lain yang perlu) asalkan ia pulang untuk bermalam di rumah suaminya selama masih dalam eddah (4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suami, atau hingga melahirkan anak jika ia hamil). Menurut jumhur ulamak; diwajibkan ke atas isteri yang kematian suami untuk terus tinggal di rumah suaminya[1], tidak keluar darinya melainkan untuk berkerja �jika ia seorang wanita berkerjaya- atau untuk menguruskan keperluan-keperluannya. Kewajipan itu berterusan hingga tamat eddahnya. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW kepada Fari�ah binti Malik RA (seorang wanita sahabat yang baru kematian suami); �Teruslah tinggal di rumahmu �iaitu rumah yang menjadi kediamanmu ketika datangnya berita kematian suamimu- sehingga berakhir eddahmu�. Berkata Fari�ah RA; �Aku bereddah di rumah itu sehingga 4 bulan 10 hari� (Musnad Imam Ahmad; 27087. Sunan Abu Daud; 2300. Status hadis; isnadnya hasan).

Bagi hukum kedua; diharamkan ke atas wanita yang kematian suami untuk berhias selama dalam eddah itu. Perhiasan yang dilarang merangkumi; perhiasan diri (berinai, bersolek dan sebagainya), perhiasan pada pakaian dan juga barang-barang kemas (cincin/gelang emas atau perak, batu-batu permata dan sebagainya). Dalilnya ialah sabda Nabi SAW; �Wanita yang kematian suami; janganlah ia memakai pakaian yang dicelup dengan mu�asfar (pencelup berwarana kuning) atau misyq (pencelup berwarna merah), jangan ia memakai perhiasan (barang-barang kemas), janganlah ia mewarnai diri (*seperti berinai dan sebagainya), dan jangan ia bercelak� (Musnad Ahmad; 26581. Sunan Abu Daud; 2304. Dari Ummu Salamah RA. Status hadis; isnadnya soheh).

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda; �Janganlah wanita berkabung atas suatu kematian melebihi 3 hari, kecuali atas kematian suaminya iaitu 4 bulan 10 hari,[2]dan janganlah ia memakai pakaian yang dicelup (bercorak dan berwarna-warni), jangan bercelak dan jangan memakai wangian kecuali setelah bersuci dari haid; dibolehkan sedikit sahaja (untuk menghilangkan bau tidak enak pada faraj)� (Soheh Muslim; 938/66, dari Ummu �Atiyah RA).

Menurut ulamak; maksud larangan pakaian bercelup itu ialah yang dicelup untuk tujuan menghiasnya, jadi maksud larangan itu ialah; memakai pakaian yang berhias (bercorak dan berwarna warni). Maka wanita dalam eddah kematian suami hendaklah memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja, berwarna apa sekalipun, asalkan tidak bercorak dan berwarna-warni dan tidak kelihatan tujuan untuk berhias. Tidak ditegah berpakaian elok. Tidak ada nas mewajibkan pakaian berwarna hitam atau yang mensunatkannya.

Tidak ditegah memotong kuku, membersih diri, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, menyisir rambut dan sebagainya kerana tiada dalil melarangnya. Turut tidak dilarang ialah mengemas rumah, menyembur pewangi rumah dan seumpamanya kerana yang dilarang ialah perhiasan dan wangian di badan sahaja.

Kesimpulannya; harus bagi isteri yang kematian suami untuk keluar berkerja semasa dalam eddahnya, namun janganlah ia berhias.

Wallahu a�lam.

Rujukan;

1. Syarah Ibnu Qasim, hlm. 172.
2. at-Talaq, Dr. Muhammad Ibrahim al-Hifnawi, hlm. 420-426.
3. Tamam al-Minnah, Syeikh �Adil al-Azzazi, 3/230-240.
4. Fatawa �Ulama al-Balad al-Haram, hlm. 673.
5. Hasyiyah al-Baijuri �Ala Ibni Qasim, 2/180.
6. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi; 10/116.


[1]Iaitu kediamannya bersama suami ketika berlaku kematian suami. Tidak harus ia diusir keluar dari rumah itu dan begitu juga, tidak harus ia keluar dengan tindakan sendiri. Disyaratkan rumah itu sesuai didiaminya. Jika tidak sesuai didiaminya atau ia khuatir membahayakan dirinya dan anak-anaknya, harus ia keluar dari rumah itu ke rumah lain sekalipun belum tamat eddah. (lihat; Syarah Ibnu Qasim, hlm. 172).
[2]Hukum berkabung (ihdad) di atas kematian suami adalah wajib dengan ijmak ulamak. Tempohnya ialah hingga tamat eddah iaitu 4 bulan 10 hari bagi yang tidak hamil. Bagi yang hamil pula, hingga melahirkan anak (Tamam al-Minnah, 3/234). Adapun berkabung di atas kematian orang lain, harus sahaja hukumnya (tidak wajib). Tempohnya; tidak lebih 3 hari (Tamam al-Minnah; 3/234. Syarah Abi Qasim, hlm. 172).

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Jangan salah pilih makanan seperti Bani Israel
  • Fakta Mengagumkan Tentang Bumi Kita
  • Netanyahu jenerasi ke 7 Abrahah yang ingin mengulangi menyerangi Kaabah ?
  • Pengamal Perubatan Islam Saran Pencarian MH370 Di Darat
  • Binatang Yang Halal Dimakan Dan Sembelihan
  • 5 Perbezaan Ramadan Kita Vs Ramadan Rasulullah
  • Polemik 'Pembentangan Hudud' Di Parlimen - Potensi Gugat Pakatan Rakyat?
  • HUKUM KULIT DAN BULU BINATANG
  • Toba Samosir Potensial Kembangkan Ratusan Jenis Tanaman Obat
  • Nak Tahu? Apakah Persiapan Untuk Malam Pertama?
  • Kesan Makan Mee Segera Pada Kesihatan
  • Sejarah Kekerasan terhadap Etnis Muslim Rohingya di Myanmar Tahun 1784-2016
;