Home » » Kecekapan Mengurus Insiden Hilangnya MH370 - Jangan Biarkan Negara Kita Diperlekehkan!

Kecekapan Mengurus Insiden Hilangnya MH370 - Jangan Biarkan Negara Kita Diperlekehkan!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pak Lang cuba himpunkan dalam blog ini maklumat terkini atau sebarang ulasan yang signifikan dengan pencarian jawapan bagi kehilangan MH370. Berikut pula satu tulisan menarik yang sesuai untuk kita baca dan renungi bersama. KLIK UNTUK SUMBER

Misteri Kehilangan MH370: Sudah 60 Jam- Siapa Yang Bakal Jadi Hero

Mustahil, dalam 60 jam, dengan peralatan canggih, pesawat sebesar jet B777-200ER tidak dapat dikesan. Operasi mencari dengan 40 kapal laut dan 34 pesawat dengan peralatan mengesan yang canggih, masih gagal mengesan MH370.

Kalau pesawat terhempas, pasti ada bangkai atau seriphan. Kalau pesawat meletup di udara, pasti ada imej daripada satelite. Kalau pesawat dirampas, pasti ada permintaan. Namun kalau pesawat terurai di udara juga akan ditemui kepingan pesawat.

Apapun yang berlaku pada pesawat itu, jika mengalami kemalangan, sudah tentunya dapat dikesan oleh pasukan pencari dan penyelamat. Namun sehingga kini, pasukan SAR masih gagal. 

Teori yang mungkin tidak masuk akal, memandangkan tempoh sudah lebih 60 jam, pesawat itu diketahui oleh pihak2 tertentu yang berkepentingan, maka pada suatu masa, apabila kerajaan Malaysia pasrah, maka pihak tertentu akan muncul sebagai hero atas sebab mampu mengesan pesawat malang itu. Karena kejadian itu, maka Malaysia akan terhutang budi selamanya.

Kejadian hilangnya MH370 secara misteri sejak 2.40 pagi Sabtu, kini ada pihak tertentu menuding jari pada pihak kerajaan Malaysia, terutama bagaimana terlepasnya pengguna passport curi yang menaiki pesawat itu. Selain itu, tindakan kerajaan yang membiarkan pengurusan mas selama 5 jam terpingah-pingah tidak tahu berbuat apa, kecuali berhubung dengan negara2 yang mempuyai menara kawalan yang dilalui pesawat itu untuk bertanya, samaada pesawat ada check in semasa memasuki ruang udaranya.

Pesawat dikatakan hilang pada radar pada jam 2.40 pagi, manakala ada juga menyatakan telah putus hubungan pada 1.30 pagi, selepas lepas landas pada 12.41 pagi. Pihak Mas hanya membuat pengumuman berkaitan hilangnya pesawat itu pada 7.25 pagi selepas jadual yang sepatutnya pesawat itu mendarat iaitu 6.30 pagi, apabila benar-benar pesawat itu tidak pernah sampai.

Semasa pesawat itu lepas landas, cuaca sungguh baik. Radar menunjukkan pesawat terbang pada kelajuan biasa, semasa sedang naik pada ketinggian 35,000, 120 batu nautika di timur kota Baharu, Kelantan, pesawat dengan tiba-tiba hilang daripada radar menara kawalan negara. Sebelum itu, pihak penguasa Vietnam tidak pasti apa kah pesawat itu sudah memasuki ruang udaranya, kerana pesawat tidak check in, untuk itu pihak penguasa Vietnam menghubungi pesawat yang berada di wilayahnya meminta agar menghubungi pesawat malang itu, untuk memastikan posisi. Menurut juruterbang pesawat yang berpangkalan di Narita jepun, beliau berjaya menghubungi pesawat malang itu menggunakan gelombang kecemasan pada kira-kira 1.30 pagi. Juruterbang itu, menggambarkan bahawa keadaan di kokpit pesawat malang itu sungguh bising, dan percakapan co-pilot tidak jelas, sebelum komunikasi terputus.

Apa kah kehilangan pesawat MH370 akan menjadi isu konspirasi terbesar abad ini? Sebenarnya, tiada siapa yang sanggup mempermainkan nyawa manusia, apatah lagi pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak.

Melalui hilangnya MH370 secara misteri, telah menguji peralatan canggih negara dalam misi mengesan, apakah memenuhi keperluan masa kini, atau sudah ketinggalan zaman. Memandangkan tempoh masa 60 jam sudah terlampui, tidak syak lagi, peralatan mengesan negara, nampaknya tidak berfungsi seperti mana yang diperlukan. Melihat keadaan ini, mungkin ada negara akan muncul sebagai hero!!!! sama-sama kita tunggu.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda
  • TIPS MENGATASI CENDAWAN JELAGA PADA DAUN MANGGA
  • Jaga Tujuh Sunnah Nabi
  • Subhanallah, gerakan solat mampu lenturkan saraf tubuh
  • Adakah Anda Atau Keluarga Anda Mempunyai Penyakit Kemurungan?
  • Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?
  • Separuh rakyat Amerika mati dalam kebankrapan
  • Cara Pembuatan Kompos Jerami
  • MALAIKAT YANG MENJELMA MANUSIA
  • Memotong kuku cara sunnah Nabi
  • Rintihan Menyayat Hati Mangsa Banjir Di Kelantan.
  • Mencari Mursyid - Siapa, Di Mana Dan Bagaimana Mengenalinya?
;