Home » » Kerajaan Kaji Beri Insentif Lahir Banyak Anak

Kerajaan Kaji Beri Insentif Lahir Banyak Anak

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


(Bagaimana nak ramaikan anak? Ini gambar Ustaz Azhar Idrus. Dia bercakap dan dia buat. Dia amalkan poligami. Zuriatnya bertambah dengan drastik!! Jadi tak perlu beri intensif!)
 
Berita berkaitan seperti dilaporkan BERNAMA:
Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memberikan insentif kepada mereka yang melahirkan anak, seperti yang diamalkan beberapa negara termasuk Singapura, bagi memperlahankan penurunan kadar kesuburan negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia berikutan negara mengalami penurunan kadar kesuburan yang pesat pada masa ini, iaitu 2.1 anak pada tahun 2012 berbanding tiga orang anak pada tahun 2000.

"Ia sebagai pendorong untuk rakyat melahirkan lebih ramai anak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2014 di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapannya sebelum itu Rohani berkata penurunan kesuburan itu disebabkan beberapa faktor termasuk melewatkan perkahwinan, peningkatan wanita dalam institusi pengajian tinggi dan pekerjaan yang melewatkan pembentukan keluarga serta masalah dan kos penjagaan anak.

Beliau berkata kesan utama penurunan tersebut adalah penguncupan tenaga buruh yang akan dialami negara dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang.

Justeru, katanya, kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk mengatasi masalah itu termasuk menyediakan waktu bekerja yang lebih fleksibel, penambahan cuti bersalin sektor awam serta penyediaan geran sebanyak RM200,000 kepada jabatan kerajaan untuk menubuhkan pusat penjagaan anak di tempat kerja.

Sementara itu Rohani berkata pelaburan terhadap 8.4 juta penduduk yang berumur 10-24 tahun pada masa ini seperti mempromosi gaya hidup sihat, menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan serta akses kepada perkhidmatan kesihatan, dapat meningkatkan kualiti kehidupan generasi akan datang.

Ini kerana mereka merupakan dividen demografi kepada negara dan kemasukan mereka ke dalam tenaga kerja kelak akan menyebabkan tanggungan ekonomi semakin rendah, sekali gus membantu meningkatkan kadar pertumbuhanekonomi negara dan taraf kehidupan rakyat, katanya.

"Keadaan sebegini yang dikenali sebagai 'demographic window of opportunity' dijangka akan terbuka untuk tempoh 20-30 tahun sahaja dan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh negara sepenuhnya," katanya.

Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2014 itu diadakan sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia yang disambut pada 11 Julai setiap tahun.
- Bernama

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kisah Benar Poligami (1) -  Suami Bertenaga, Isteri Bahagia
  • Arab dan Kiamat
  • Inilah Cerita Sebenar Disebalik Berita Google Bayar USD50 Ribu Kepada Budak Tingkatan 3
  • BILA PADERI TERPAKSA BUKA RAHSIA
  • Jangan meremehkan dosa kecil
  • Kebuluran di Afrika Timur. Di Mana Kita?
  • Joannes Lukas sebak selepas meneliti ayat al-Maidah
  • TANAMAN BAWANG MERAH UNTUK OBAT
  • 10 Gunung Tertinggi Di Sistem Tata Surya Kita
  • Cerpen: Tawaf Widak Untuk Walid  Oleh Tongkat Jibril  (2011/10/23)
;