Home » » Inilah Cerita Sebenar Disebalik Berita Google Bayar USD50 Ribu Kepada Budak Tingkatan 3

Inilah Cerita Sebenar Disebalik Berita Google Bayar USD50 Ribu Kepada Budak Tingkatan 3

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


SEJAK semalam, tersebar satu laporan menyatakan tentang kejayaan seorang pelajar dari Sabah yang berjaya ‘menjual’ ideanya kepada syarikat enjin carian Google setelah menyertai satu peraduan.

Yusrim Karim, 15, dikatakan telah menerima tawaran lumayan daripada Google untuk bekerjasama dengan mereka apabila idea yang diberinya mencuri perhatian. Nak tahu tawaran apa diterimanya?

Diberi tiga pilihan, Yusrim kononnya ditawarkan untuk membuka syarikat di bawah tajaan Google dengan nilai projek USD36 juta, berkerja dengan Google dan bakal diberikan dana USD12 juta atau menjual ideanya kepada syarikat tersebut dengan harga USD50 ribu.

Memang kedengaran cukup membanggakan, malah ramai yang memuji kegigihan serta kepintaran remaja tersebut, namun semua itu rupanya sandiwara belaka.

Menurut laporan terbaru dari portal Mynewshub, Google telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah membuat peraduan sebagaimana didakwa dan tidak pernah menghubungi remaja terbabit.

Memetik kenyataan Ketua Jabatan Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff, pihaknya menyangkal penuh laporan tentang kejayaan remaja itu dan menganggap ia hanyalah satu helah sempena ‘April Fool’.

Kata beliau seperti dilaporkan Harian Metro, “Kita tidak mahu panjangkan cerita ini, kami menjemput pelajar dan cikgunya datang ke pejabat untuk berikan hadiah April Fool.”

Remaja terbabit dikatakan cuma bergurau dengan guru-guru di sekolahnya apabila mendakwa pihak Google tertarik dengan perisian ‘Coker Chat’ yang diciptanya.

Dia mendakwa mengambil masa selama lima bulan bagi menghasilkan format yang mampu memudahkan pengguna seluruh dunia berkomunikasi menggunakan bahasa sendiri.

SUMBER: PENPATAH

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah
  • Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan - Bayangkan Jika Kita Di Tempat Mereka!!
  • Kajian Teknologi Umat Terdahulu bhg. 6
  • FAKTA TENTANG MEKAH DAN KAABAH YANG JARANG KITA KETAHUI
  • Hukum Cium isteri Dan Melakukan 'Ringan-Ringan' Ketika Berpuasa
  • Jangan Pandang Ringan Pada Senggugut!
  • Inilah sebab mengapa Israel bunuh kanak-kanak Palestin
  • Mengupas Misteri Keajaiban Air Zam Zam
  • 63 Petua Bahagia Dr Fadzilah Kamsah
  • Mungkinkah Ini Punca Sebenar Berlakunya Kejadian MH17?
  • TEKNIK PEMBIBITAN BUNGA DAHLIA
  • Pohon dan Buah Bisbul (Diospyros discolor Willd.) Yang Dilupakan
;