Home » » Anwar Jumpa Hadi Di Terengganu. Bincang Isu MB S'gor?

Anwar Jumpa Hadi Di Terengganu. Bincang Isu MB S'gor?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.




Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu petang tadi di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai dipercayai ada kaitan dengan isu jawatan menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu petang ini. Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah
hotel di Kuala Ibai.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa. PKR memecat Khalid sebagai ahli ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.

“Menurut artikel 53 (2) (b) Undang-undang Tubuh Negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.
“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (exco) akan bersama kerajaan negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). – Bernama, 11 Ogos, 2014.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Dunia, Penjara bagi Orang Beriman?
  • Kisah Nabi Idris AS Melihat Syurga dan Neraka
  • Mesir Akan Terus Menjadi Tempat Permainan Kuasa Asing
  • INILAH MACAM-MACAM TELUR YANG BISA DIMAKAN
  • Medan magnet Madinah
  • 10 Pelajaran dari Datangnya Jibril
  • Cacing Keluar Apabila Daging Babi Dicampurkan Pepsi?
  • Kisah Hakim Indonesia Yang Bijaksana - Menghukum Nenek Yang Mencuri
  • 7 Hewan Dengan Kekuatan Listrik yang Mematikan
  • Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur...
  • ABDULLAH BIN MAS'UD - Insan Pertama Membaca Al-Quran Terang-terangan Selepas Rasulullah
  • Siapa Sangka 10 Tahun Dihanyutkan Tsunami, Ditemukan Semula.
;