Home » » Azmin Ali Turun Padang Melihat Masalah Rakyat!!

Azmin Ali Turun Padang Melihat Masalah Rakyat!!

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


KUALA LANGAT, 10 OKT: Aduan rakyat berhubung jalan rosak di sepanjang dua kilometer dari Kampung Jaya Sepakat menghala ke Bandar Saujana Putra dan Kampung Lombong mendapat perhatian Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Kesempatan Program Turun Padang ke Daerah Kuala Langat hari ini, Azmin Ali tidak melepaskan peluang meninjau sendiri masalah yang berlarutan hampir enam tahun di lokasi tersebut.

"Dalam lawatan ini saya memanggil Pengarah JKR dan Pengarah JPS untuk melihat bagaimana kita boleh menaik taraf semula jalan yang rosak ini pada kadar segera," jelasnya.Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk kampung dan pengguna dari kawasan Puchong, Saujana Putra dan Klang.

Ia merupakan laluan alternatif yang lebih pendek dan cepat serta menjimatkan kos berbanding menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).Selain dihimpit masalah jalan mendap dan berlubang, penduduk juga berdepan dengan masalah pembuangan sampah secara haram ditebing sungai.

Sumber memberitahu, aktiviti itu dilakukan secara agresif oleh pihak tertentu kononnya bertujuan menambak tebing sungai dari terus terhakis.Kini kawasan tersebut dipenuhi timbunan sampah seperti sisa binaan, tiang konkrit, kanvas dan plastik, bahkan sinki, atap genting termasuk perabot rosak memenuhi tebing sungai tersebut.

"Walaupun lokasi ini diluar kawasan pentadbiran MDKL, kita minta jasa baik mereka untuk meneliti masalah sampah di sini."Fokus kita, pastikan jalan ini dapat digunakan semula dan memastikan tebing sungai tidak terhakis untuk memberi keselesaan kepada penduduk menggunakan jalan ini kelak," jelasnya.

Dalam sesi lawatan tersebut, Azmin Ali sempat menahan beberapa lori yang disyaki ingin membuang sampah di lokasi tersebut.Manakala sebuah lori sarat dengan muatan sisa binaan ditinggalkan dibahu jalan tanpa pemandu.

Pertemuan dengan beberapa penduduk di situ, Mohamed Azmin menggesa mereka untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa."Saya yakin ini aktiviti sindiket, jadi sebagai penduduk tolong beri kerjasama maklumkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

"Bayangkan, sindiket ini raih keuntangan puluhan ribu tetapi kampung kita yang kotor. Ini tidak betul dan ia patut dibanteras," katanya. 

KREDIT SUMBER; BLOG ADDIN

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Masjid Pertama Amerika, Sejarah Panjang di Mulai dari Dakota
  • Kenapa Perlu Tutup Lampu Ketika Tidur
  • Cara Hidup Ibu-Bapa Ketika Anak Dalam Kandungan
  • MH370 - Sistem Komunikasi Tercanggih Juga Berpotensi Gagal?
  • Kisah Duit 50 Sen Yang Menyentuh Hati!!
  • Selawat Perdana - Ada Cubaan Musnahkan Perpaduan Sesama Islam?!
  • 9 Amalan Rasulullah SAW Dan Para Sahabat Di Akhir Ramadan
  • Poligami Dalam Pandangan Islam
  • MISTERI DAJJAL HAMPIR TERBONGKAR PADA 1901
  • CARA BERTANAM TABULAMPOT
  • Nabi Musa A.S. Tampar Malaikat Maut
  • Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki
;