Home » » 'Octoberfest' Lambang Penjajahan Pemikiran - Abim

'Octoberfest' Lambang Penjajahan Pemikiran - Abim

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


KL: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan bantahan terhadap satu promosi berkaitan penggunaan arak oleh segolongan rakyat Malaysia yang dinamakan ‘Octoberfest’. 

"Untuk perhatian masyarakat, asal usul ‘Octoberfest’ ini adalah dari negara Jerman. Ia merupakan satu pesta meraikan perkahwinan diraja," ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan. 

Katanya, pandangan bahawa ia perlu dibenarkan kerana ia merupakan hak warga yang bukan Islam adalah kurang tepat dan mengelirukan. 

"Wujudkah agama yang membenarkan penganutnya hidup di bawah pengaruh alkohol atau pun membenarkan penganutnya mabuk?" tanya beliau dalam satu kenyataan. 

Katanya, sama ada Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama mahukan penganutnya hidup dengan penuh kesejahteraan. Oleh itu, ujarnya ‘kemabukan’ yang bermakna hilangnya fungsi akal adalah amat-amat dilarang dalam mana-mana agama. 

Justeru, kata beliau justifikasi yang mengatakan bahawa ia perlu dibenarkan bagi mereka yang bukan beragama Islam adalah tidak berasas sama sekali. Begitu juga, katanya apabila mudarat arak ditinjau dari sudut sains, kesihatan, keselamatan mahu pun sosial. 

Tegasnya, ia jelas mengundang lebih banyak mudarat dari manfaat yang boleh diperolehi masyarakat. Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber alam jika diurus dengan penuh amanah tidak perlu bergantung dengan hasil cukai dari jualan arak. 

Abim juga, ujar beliau ingin merakamkan kekesalan apabila pihak penganjur beria-ia menawarkan pelbagai insentif bagi menggalakkan pembelian arak yang boleh menjurus kepada kemudaratan. Antaranya, kata beliau cabutan ‘bertuah?’ Magnum-4D, melakarkan rekod Malaysia dalam ‘6-Pedalist Beverage Cart’dan sebagainya. 

Tambahnya, turut sama menganjurkannya adalah sebuah kelab diraja pada 8 Oktober ini, yang merupakan malam 14 Zulhijjah iaitu sehari selepas hari Tasyrik. Begitu juga, ujar beliau dengan ungkapan ‘the sexy dirndl ladies’ jelas membayangkan tahap moral yang begitu rendah dan menjurus kepada gejala sosial yang tidak terbendung. 

Tambahnya, jelas penganjuran ‘Octoberfest’ ini datang dari mereka yang terjajah pemikirannya dengan acuan Barat yang cuba membawa pengaruh buruk budaya kehidupan Barat secara membuta tuli tanpa keupayaan menyaring yang betul dan baik. 

"Keadaan ini memberi gambaran bahawa wujud ketempangan dalam pertimbangan pemimpin, ahli politik, penganjur dan mereka yang terlibat sebagai peserta," ujarnya. 

Beliau menegaskan, Abim membantah penganjuran majlis ini bukan sahaja dari sudut Islam sebagai agama kesejahteraan, tetapi juga atas nilai manusia sejagat yang seharusnya menjunjung tinggi ‘kewarasan’ akal dan membenamkan segala usaha mempromosi gaya hidup yang tidak wajar dalam kalangan masyarakat. - HARAKAHDAILY 7/10/2014

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • ANAK SAUDARA ISTERI; ADAKAH HARUS BERSALAMAN DENGANNYA?
  • Apakah Ada Muzik di Syurga ?
  • Kelas Latihan Memasak Dan Ukiran Buah
  • 16 September 1963 - Sejarah Penubuhan Malaysia
  • Mengapa Saya Kata Pinjaman Rumah Perbankan Islam Haram
  • Himpunan Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Petanda Kiamat
  • Kisah Ibrahim Bin Adham Kena Pukul
  • 6 Kelebihan Hari Jumaat:Selamat Hari Jumaat!
  • TIPS PEMBESARAN BURUNG GELATIK
  • Kenapa Pegawai Jakim Enggan Makan Cadbury?
  • Ulama'-Ulama' Tersohor Yang Pernah Ditindas Oleh Pemimpin Zalim
  • Menjejaki Maqam Para Sahabat Dan Auliya' Di Bahnasa, Mesir
;