Home » » Punca Sebenar Pesawat Air Asia QZ801 Hilang Tersebar?

Punca Sebenar Pesawat Air Asia QZ801 Hilang Tersebar?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


JAKARTA 28 Dis. - Faktor cuaca buruk dipercayai menjadi punca pesawat AirAsiaQZ8501 bersama 162 penumpang termasuk anak kapal hilang di sekitar perairan Kalimantan dan Pulau Belitung pagi ini.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan menara kawalan udara (ATC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta di sini pada pukul 6.12 pagi.

Pemangku Ketua Pengarah Hu­bungan Udara, Kementerian Perhu­bungan Indonesia, Djoko Murdjatmojo berkata, kali terakhir berhubung dengan ATC, pesawat itu melaporkan untuk menghindari awan dengan mengalihkan pesawat ke arah kiri.

Dalam masa sama, pesawat itu juga kata Djoko, meminta keizinan untuk terbang pada ketinggian 38,000 kaki daripada 32,000 kaki sebelum itu.

“Pesawat telah meminta laluan yang bukan lauan kebiasaan sebelum putus hubungan,” kata beliau lagi.

Menurut Ketua Badan Meteo­rologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Andi Eka Sakya, usaha pesawat untuk terbang pada ketinggian tersebut sangat logik jika dilihat pada keadaan cuaca di lokasi.

“Berdasarkan data kami, di lokasi hilangnya pesawat (QZ8501) kelihatan awan kumulonimbus yang sangat tebal sehingga mencapai antara lima hingga 10 kilo­meter,” kata Andi kepada portal berita Kompas.com.

Sependapat dengan Andi ialah Ketua Pusat Meteorologi Penerbangan BMKG Jakarta, Syamsul Huda yang memberitahu, pesawat QZ8501 terbang dalam keadaan cuaca berawan.

“Kemudian pesawat menghadapi awan yang sangat tebal di lokasi (antara Belitung dan Kalimantan). Berdasarkan data, ketinggian puncak awan kumulonimbus yang dihadapi pesawat 48.000 kaki,” kata Syamsul.

Bagi bekas Ketua Staf Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara, Chappy Hakim berkata, masalah cuaca merupakan perkara biasa yang dihadapi dalam penerbangan moden saat ini.

“Sebelum terbang juga kita sudah mengatur rancangan penerbangan dan melihat cuaca di sepanjang laluan penerbangan. Pesawat A320 yang dipakai Air Asia sendiri adalah pesawat canggih yang sudah dilengkapi dengan radar cuaca yang baik,” jelasnya.

Menurut Chappy, terlalu awal untuk merumuskan situasi sebenar yang terjadi padapesawat AirAsia QZ 8501 kerana ia memerlukan le­bih banyak data.

Pesawat QZ8501 membawa 155 penumpang dan 7 anak kapal.

Penumpang-penumpang asing yang turut berada dalam pesawat itu ialah tiga orang yang berasal dari Korea Selatan, seorang dari Malaysia, Singapura, United Kingdom dan Perancis.

Pesawat berkenaan berlepas dari Surabaya, Jawa Timur pada pukul 5.36 pagi dan dijangka mendarat di Singapura pada pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, usaha pencari­an dan menyelamat mangsa akan diteruskan kata jurucakap Agensi Pencarian Pencarian dan Penye­lamatan Nasional Indonesia (Basarnas).

Pihak berkuasa Indonesia juga mengerahkan enam buah kapal dan dua helikopter ke lokasi kejadian untuk menyertai usaha tersebut. ~utusan

SUMBER: BLOG ADDIN

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Peluang Usaha Ternak Burung Parkit
  • Sebatian Ajaib Susu Ibu
  • 17 perkara mengundang azab kubur
  • Angin Penyuburan di Dalam Al-Quran.
  • Allahu Akbar … Ternyata Rasulullah SAW Masih Hidup sampai Sekarang!!
  • Ajaibnya Tangisan Orang Yang Bertaubat
  • Subhanallah, kerana sebutir kurma doanya tidak diterima selama 4 bulan
  • Berita Terkini - Dato' Seri Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun!
  • Kisah Benar - "Papa, Nanti Bacakan Cerita Ini Kuat-Kuat Pada Ina Ya!"
  • Hipokritnya Orang Islam Kerana Menyimpan Kebaikan Untuk Mereka Sahaja
  • Kenapa Memberi Lebih Membahagiakan?
  • Inilah Sebab Mengapa Al-Quran Menyuruh Susukan Bayi Sehingga 2 Tahun
;