Home » » Lima (5) Hak Bagi Seorang Muslim Terhadap Saudaranya

Lima (5) Hak Bagi Seorang Muslim Terhadap Saudaranya

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
  1. Menjawab salam. An-Nisaa [86] Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”
  2. Mendoakan kepada orang yang bersin. Selepas seseorang bersin hendaklah dia mengucapkan “alhamdulillah (segala puji bagi Allah) ” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah”(semoga Allah merahmati kamu) sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu, serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.(Semoga allah rahmati kita semua dan diberi hidayah olehnya).
  3. Menyahut undangan, iaitu menghadiri undangan misalnya majlis perkahwinan adalah sunat (bukannya wajib) dengan syarat majlis itu tidak mengandungi perkara haram seperti pergaulan bebas lelaki-perempuan dan tidak diselingi muzik. Mengikut para ulama terdahulu, misalnya Abdullah Bin Masud adalah berdosa sekiranya seseorang itu makan sambil diringi muzik atau di tempat yang didendangkan muzik.
  4. Menziarahi orang sakit. Sunnah dalam menziarahi orang yang sakit ialah tidak terlalu lama melawatnya agar pesakit itu tidak terbeban melayan pelawatnya. Berilah harapan agar dia cepat sembuh, misalnya dengan berdoa “mudah-mudahan Allah cepat sembuhkan kamu, InsyaAllah, jangan bimbanglah”
  5. Mengiringi jenazah. Dalam mazhab Hanafi, jenazah dihantar terlebih dahulu sebelum orang ramai pergi ke kubur. Dalam mazhab Syafie pula orang ramai pergi dahulu ke kubur sebelum jenazah mengikuti dari belakang. Kedua-duanya adalah sunnah Nabi dari hadith-hadith.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Subhanallah, kerana wuduk Bilal bin Rabah Menjadi Penghuni Syurga
  • Freemansonry-Berawal Di Mesir Berakhir Di Palestina (Bagian 6)
  •  Terkini - Jemaah Sudah Boleh Cas Telefon Di Tempat Khas Di Masjidil Haram
  • Kanak-kanak Muslim Syria Memegang Poster Pokemon, Sambil Berharap Dunia Akan Mencari Mereka
  • Nabi Haramkan Cabut Bulu di Muka untuk Cantik
  • Nama yang sangat digeruni oleh syiah
  • Jenazah Juruterbang MH17 Selamat Di Kebumikan - Bayangkan Jika Kita Di Tempat Mereka!!
  • TIPS BUDIDAYA ALPUKAT
  • Letusan Gunung Berapi Mencapai Keinggian 55,000 Kaki Dan Tersebar Ke Merata Atmosfera
  • Iran Kembali Hidupkan Empayar Syiah Persia Dari Teheran Hingga Yaman
  • 6 kebaikan mandi sebelum subuh
  • Perahu Firaun dinasti pertama ditemui
;