Home » » Gunung Pelangi di China Ini Bukti Kebenaran Al Qur’an

Gunung Pelangi di China Ini Bukti Kebenaran Al Qur’an

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. "(QS. Fathir: 27)

Ketika menjelaskan ayat ini di dalam tafsirnya, Ibnu Kathir berkata: "Dia menciptakan gunung-gunung yang beraneka ragam warnanya sebagaimana yang dapat kita saksikan, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Pada sebahagiannya ada yang bergaris-garis. "

Tafsir yang datang dari ulama muta'akhirin lebih terperinci dalam menjelaskan "gunung aneka warna". Misalnya tafsir Fi Zhilalil Qur'an yang ditulis Sayyid Qutb. Bahawa warna-warna batu disebutkan setelah warna-warna buah-buahan mengisyaratkan adanya gunung pelbagai warna.

Di China, tepatnya di wilayah Gansu, terdapat gunung yang mempunyai batu-batu beraneka warna. Gunung seluas 300 kilometer persegi tersebut kelihatan berwarna merah, biru, hijau, coklat dan kuning. Dan warnanya juga tersusun bergaris-garis. Oleh itu, gunung yang merupakan sebahagian dari Zhangye Danxia Landform Geological Park tersebut disebut sebagai Rainbow Mountains (Gunung Pelangi).

Masya Allah ... jika benar yang dimaksudkan "judadun biidlun" dalam ayat tersebut adalah gunung yang mempunyai beraneka ragam warna, maka Gunung Pelangi China ini adalah bukti kebenaran firman Allah. Surat Fathir ayat 27 ini diturunkan lebih dari 14 abad yang lalu dan masa itu orang-orang Arab tidak tahu ada Gunung Pelangi di China. Jadi, dari mana Muhammad tahu jika tidak dari Allah, Tuhan seluruh alam? Maha benar Allah dengan segala firman-Nya. [Muchlisin BK / bersamadakwah]

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Detik-detik Umar Mengucapkan Syadahah
  • Subhanallah, Kristal gergasi yang ditemui dalam gua di Naica adalah lebih lembut daripada kuku manusia
  • Peter Casey Tidak Malu Menunaikan Solat di Starbucks
  • Kebuluran di Afrika Timur. Di Mana Kita?
  • SEPUPU IBU; ADAKAH BOLEH DIKAHWINI?
  • Sungai dalam Laut
  • Malaysia Menangis - Apa Yang Allah Mahukan Dari Kita?
  • Air Zam-Zam Air Ajaib Di Dunia
  • Iktibar Wang Siling
  • Apakah Anak Zina Boleh Masuk Syurga?
  • Ikhwanul Muslimin Sedia Bebaskan Palestin Punca Dr Mursi Digulingkan?
  • Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran
;