Home » » Mengejutkan!!! Majlis Bandaran Silap Tanam Ganja Jadi Pokok Hiasan (3 Gambar)

Mengejutkan!!! Majlis Bandaran Silap Tanam Ganja Jadi Pokok Hiasan (3 Gambar)

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


ASTANA – Pihak berkuasa majlis perbandaran di ibu negara Kazakhstan pada Rabu melancarkan satu siasatan terperinci susulan penemuan ribuan pokok ganja hidup subur menghiasi kawasan hijau di pusat bandar raya itu.

Terdahulu, penduduk tempatan di Astana, menyedari bau-bauan aroma luar biasa ketika mereka berjalan di Auezova Street sehingga menyebabkan ramai mengadu pening kepala selain berkhayal macam penagih dadah.

Keadaan itu mengakibatkan ramai memaklumkan kepada pihak berkuasa majlis tempatan dan akhirnya setelah disiasat pegawai bahagian landskap, baharulah diketahui tanaman hiasan terbabit sebenarnya ialah marijuana!


Majlis bandar raya Astana segera mengarahkan penyiasatan dilakukan ekoran penemuan amat mengejutkan itu yang menyaksikan sepanjang jalan utama tersebut ditanam ribuan spesies kanabis diharamkan pemerintah.

Siasatan awal merumuskan pokok ganja berkenaan mungkin ditanam secara tidak sengaja oleh pekerja landskap majlis tempatan yang tidak tahu ia adalah tumbuhan narkotik atau memang ditanam sindiket dadah tertentu.

Seorang jurucakap firma kontraktor perkhidmatan tanaman bandar, Zelenstroy yang mendapat tender landskap oleh majlis tempatan berkata, mereka turut menjalankan siasatan dalaman terhadap semua pekerja terlibat.


“Jika benar itu memang sah ganja, kami tidak teragak-agak membuang tumbuhan marijuana tersebut dengan segera dan digantikan kepada pokok hiasan lain,” tegas jurucakap berkenaan dalam satu kenyataan media.

Seorang penduduk awam, Mihail Malorod yang merupakan individu pertama menyedari pokok narkotik itu mendakwa, tanaman spesies kanabis itu juga ditanam subur di sepanjang bahu laluan Dzhangeldina Street.

Astana yang menggantikan Almaty sebagai ibu negara baharu Kazakhstan sejak 1997, merupakan bandar raya terancang dengan banyak landskap tanaman menghiasi seluruh kawasan pentadbiran.

Sumber: Mynewshub dan Penpatah

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Hukum Menguap Dalam Islam
  • HUKUM SEWA ATAS SEWA
  • Tangisan Rasulullah SAW Menyebabkan Para Malaikat Lupa Bertasbih
  • Subhaanallah, suara Semut sudah dijelaskan dalam Al Quran
  • Malaikat, Pesuruh Allah SWT
  • Kepincangan Sistem Pendidikan
  • Adakah boleh kita berikan wang zakat kepada ahli keluarga kita yang miskin?
  • Ada Gudang Benih 'Kiamat' di Kutub Utara
  • Bagaimana HIGoat Meletup Di Pasaran?
  • Menurut Ibnu Qoyim, Pentingnya "Itu" untuk Suami-Isteri
  • Allah turunkan rezeki dengan terdampar ikan-ikan pari di Gaza
  • KISAH IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH SAW
;