Home » » GISB HOLDINGS Sdn Bhd (GISBH) Menanda-tangani Memorendum Persefahaman (MoU) Sempena Kempen Melawat Pahang 2017

GISB HOLDINGS Sdn Bhd (GISBH) Menanda-tangani Memorendum Persefahaman (MoU) Sempena Kempen Melawat Pahang 2017

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

VIDEO MONTAJ:




Exco Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang merangkap Pengerusi Tourism Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (dua, kiri) bergambar bersama Pengurus Besar Tourism Negeri Pahang, Datuk Ishak Moktar (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Lokman Hakim Pfordten (tiga kiri) bergambar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sempena kempen Melawat Pahang 2017 di Restoran IKHWAN, Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


Oleh : Parameswary Lekshmnan & Norlydiana Ishak (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Pahang semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Pahang 2017 di Restoran Ikhwan, Bukit Bintang.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, Haji Lokman Hakim Pfordten dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar bagi pihak kerajaan negeri Pahang.

Majlis itu disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin bersama Pengarah (Strategik dan Domestik) Tourism Malaysia, Puan Chong Yoke Har.

“Di bawah MoU itu, GISB Holdings akan memainkan peranannya bersama Tourism Pahang dalam usaha memperkenalkan keunikan budaya Negeri Pahang kepada masyarakat dan pelancong asing”, kata Datuk Haji Mohd. Sharkar.

“Ini termasuk pendedahan makanan tradisional negeri Pahang, mempamerkan bahan-bahan promosi seperti risalah, bunting serta tayangan video di seluruh premis perniagaan GISB Holdings di dalam dan luar negara,” katanya lagi.

Secara tidak langsung, Tourism Pahang dapat mengukuhkan lagi jenama “HOGOH PAHANG” yang merupakan ‘tagline’ rasmi bagi kempen Tahun Melawat Pahang 2017 .

Menurut Sharkar, pihaknya menyasarkan seramai 15 juta ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Pahang 2017 dengan sasaran perbelanjaan pelancong sebanyak RM 10 billion berbanding dengan kadar ketibaan pelancong seramai 10.5 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM 7 billion pada tahun 2015 .

Pihaknya optimis sasaran tersebut mampu dicapai melalui gerak kerja promosi agresif lokasi tarikan pelancongan termasuk menaik taraf serta memperkenalkan beberapa lokasi tarikan pelancongan yang baharu di Pahang.

Beberapa siri jelajah dari Pahang ke seluruh negara malah ke luar negara juga turut dirancang dalam usaha mempromosikan negeri berkenaan di mata dunia.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memperkenalkan nombor pendaftaran kenderaan khas ‘VIP’ sempena Tahun Melawat Pahang dan permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan hak eksklusif bagi siri nombor pendaftaran khas tersebut telahpun diluluskan Kementerian Pengangkutan.

“Penjualan nombor pendaftaran khas VIP atau ringkasan perkataan Visit Pahang ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk mengumpul dana bagi pembiayaian kempen promosi dan publisiti Tahun Melawat Pahang selain meminimumkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan,” katanya.

Pelancaraan kedua Kempen Tahun Melawat Pahang 2017 akan diadakan pada bulan Ogos 2016 di mana lagu tema Tahun Melawat Pahang 2017 juga akan turut diperkenalkan.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Keutamaan Bersikap Qana�ah
  • Hidup untuk saling kenal mengenal
  • Hukum Memberi Salam Kepada Non Muslim Dan Menjawab Salam
  • 3 Pertanyaan Penting yang Harus Dijawab Sebelum Memutuskan Untuk Menikah
  • Selepas Subuh, Rasulullah Lakukan Ini
  • INFO CARA MEMILIH MERPATI YANG BAGUS
  • Sunah Setelah Bangun Tidur
  • 6 Adab Berziarah ke Masjid Nabawi
  •  Wang Pencen Tidak Dikira Harta Pusaka
  • Dalam dua hari tentera perang salib membunuh 40 ribu orang islam
  • MENGUPAS MISTERI KEAJAIBAN AIR ZAM ZAM
  • Tulisan Ustaz Ridhuan Tee Dikritik Hebat
;