Home » » PANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB

PANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Apa yang dimaksudkan jenazah ghaib? 

Jenazah ghaib bermaksud jenazah yang tidak hadir bersama orang yang mensolatkannya.

Adakah harus melakukan solat ke atas jenazah yang ghaib?

Menurut mazhab Syafiie; diharuskan (dibolehkan) mengerjakan solat ke atas jenazah yang ghaib bagi jenazah yang berada di luar negeri, sama ada jenazah itu berada di arah kiblat atau bukan arah kiblat.(1) Adapun jenazah yang berada dalam negeri, tidak harus disolatkan secara ghaib, yakni mesti disolatkan dengan jenazah hadir di hadapan orang-orang yang mensolatkannya.(2)

Solat ke atas jenazah tersebut boleh dilakukan sekalipun telah dikebumikan.

Apakah dalil keharusan mensolatkan jenazah yang ghaib?

 Abu Hurairah RA menceritakan; �Ketika di Madinah, Nabi SAW telah memberitahui kepada sahabat-sahabat baginda berita kewafatan raja Najasyi RA (di Habsyah). Kemudian baginda mensolatkan jenazahnya (secara ghaib) dan para sahabat turut solat di belakang baginda� (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Apakah syarat-syarat bagi membolehkan solat jenazah secara ghaib dilakukan?

1. Hendaklah jenazah berada di luar negeri sebagaimana dinyatakan tadi.

2. Hendaklah diketahui bahawa jenazah telah dimandikan. Tidak sah solat jenazah sebelum dimandikan.(3)

Apakah kaifiyat solat jenazah secara ghaib?

Kaifiyatnya sama seperti solat jenazah biasa, iaitu dilakukan dengan 4 kali takbir dan membaca Fatihah setelah takbir pertama, selawat setelah takbir kedua, berdoa untuk jenazah setelah takbir ketiga dan memberi salam setelah takbir keempat. Yang berbeza hanyalah pada niat iaitu hendaklah diniatkan �mengerjakan solat ke atas jenazah yang ghaib (tiada di hadapan)�. Contoh niat;

�Sahaja aku mengerjakan solat ke atas jenazah (si fulan) yang ghaib, dengan 4 takbir, fardhu kifayah, menjadi makmum, kerana Allah�.

 Sebagaimana sedia diketahui, niat solat wajib dihadirkan ke dalam hati ketika melafazkan takbir pertama (yakni takbiratul ihram).(4)

Adakah solat jenazah secara ghaib itu boleh dilakukan setelah solat subuh dan solat asar?

Boleh, kerana solat jenazah tergolong dalam solat bersebab (seperti solat tahiyyatul masjid, solat gerhana dan sebagainya). Solat yang dilarang pada waktu-waktu yang ditegah solat ialah solat tanpa sebab.(5)

Wallahu a�lam.

Nota kaki; 
(1) Al-Majmuk (Imam an-Nawawi), 5/206.
(2) Al-Majmuk, 5/206.
(3) Mughni al-Muhtaj (Syeikh Khatib al-Syirbini), 2/27.
(4) Kifayatul Muhtadi, 143.
(5) Syarah an-Nawawi �ala Muslim, 6/110.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Asal Usul Israel
  • Mitsuo Nakamura: Konsep Jihad Jadi Inspirasi Tentera Jepun
  • Takut Roket Mujahidin, Zionis-Israel Tanam Pokok
  • Hutan Belantara Digondolkan - Ekosistem yang Semakin Parah
  • 12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT ?
  • Amerika: Negara Islam yang dimurtadkan
  • Subhanallah, rahsia azan subuh dari aspek ilmiah (1)
  • Badai Pasir yang Mengenaskan
  • Ramadan Unik di Brunei Darussalam
  • Organisasi Syiah:”Kami Akan Melaksanakan Operasi Bersenjata di Wilayah Saudi
  • Rahsia Di Sebalik Isra' Dan Mi'raj
  • Meninggal Dengan Jari Menunjuk Ke Langit
;