Home » , » MEMBERI UCAPAN TAKZIYAH KEPADA ORANG KAFIR

MEMBERI UCAPAN TAKZIYAH KEPADA ORANG KAFIR

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; as salam ustaz, soalan saya; adakah salah bila kita ucap takziah kepada bukan Islam
dengan cara semoga roh nya rest in peace...tkasih

Jawapan

Ucapan takziyah bertujuan memberi semangat kepada orang yang ditimpa suatu musibah (kematian, kerugian, malapetaka dan sebagainya), agar mereka bersabar menerima ketentuan Ilahi dan tidak putus harap. Bagi kematian, takziyah diucapkan kepada keluarga si mati atau orang yang dekat dengannya. Ia boleh diucapkan termasuk kepada orang kafir. Adapun doa untuk si mati, hanya dibolehkan jika si mati seorang muslim. Allah berfirman;

"Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka (yakni mati dalam kekufuran)" (surah at-Taubah, ayat 113. Lihat; tafsir al-Jalalain).

"rest in peace" adalah doa, maka tak boleh diucapkan kepada jenazah bukan Islam. Cukup dengan takziyah kepada keluarganya, seperti ucapan "Bersabarlah, kita semua milik Tuhan, akan kembali kepada Tuhan" atau "Semoga Allah memberi ganti kepadamu dengan yang lebih baik darinya" atau ucapan lain sepertinya.

Wallahu a'lam.

Tambahan;

1. Imam al-Munawi menjelaskan; �Mengucapkan ucapan takziah hukumnya adalah sunat muakkad. Ia tidak hanya khusus kerana kematian sahaja tetapi merangkumi semua musibah. Takziah kerana kematian, sunat diucapkan sama ada sebelum dikebumikan mayat atau selepasnya. Mengikut mazhab Syafi�ie; masa mengucapkan takziah bermula sebaik sahaja berlaku kematian dan ia berterusan selama tiga hari selepas dikebumikan. Adapun selepas itu, ia dimakruhkan kecualilah jika orang mengucapkan takziah atau yang akan menerima ucapan takziah tidak ada kecuali selepas tiga hari� (Faidhul Qadier, syarah hadis no. 8092).

Rujukan;

1. al-Muhazzab (lihat; kitab al-Majmu', Imam an-Nawawi, 6/386).
2. Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, hlm. 30.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  •  Bekas Askar Perang Dunia Kedua Merakamkan Gambar Kenangan Di Kawasan Tragedi 1945 Tetapi Terakam Suatu Yang Mengejutkan.
  • Hukum Jawab Dan Beri Salam Pada Bukan Islam
  • 5 Tempat Seram Di Malaysia
  • Cabai Merah dan Khasiatnya
  • Memalukan - Kejinya Sikap Dan Perangai Rakyat Malaysia
  • Keciciran Tidak Sepatutnya Berlaku Dalam Pendidikan - Bahagian 1
  •  Tidak Akan Masuk Neraka....
  • AS Dukung Kekuasaan Syiah Al-Assad
  • INFO CARA MEMILIH MERPATI YANG BAGUS
  • Punya Daya Ingatan Yang Lemah? Cuba Amalkan Buah Ini!
  • Kisah Pelik Tapi BENAR - Arwah Ibu Melawat Jenazah Anak
  • Perang Akhir Zaman: Pemuda-pemuda Islam Belanda tinggalkan keselesaan hidup berjihad di Syria
;