Home » , , » Masih Ramai Suka Berkongsi Gambar Makanan Di Media Sosial. Tapi Tahukah Anda Hukum Kongsi Gambar Makanan Di Bulan Puasa

Masih Ramai Suka Berkongsi Gambar Makanan Di Media Sosial. Tapi Tahukah Anda Hukum Kongsi Gambar Makanan Di Bulan Puasa

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Image result for Berkongsi Gambar Makanan Di Media Sosial


HUKUM berkongsi iklan jualan makanan yang sengaja menggalakkan individu lain ponteng puasa adalah haram manakala memuat naik gambar makanan di laman sosial pada waktu yang tidak sepatutnya adalah makruh.

Itu penjelasan Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berhubung sebahagian perkara yang perlu dielakkan pengguna laman sosial sepanjang mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadan ini.

Mohd Izhar yang penceramah bebas berkata, bulan puasa mewajibkan semua umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga, namun jika terdapat sebahagian golongan mengajak atau menggalakkan orang lain berbuka puasa tanpa sebarang sebab, hukumnya haram.

Beliau berkata, platform laman sosial Facebook dan aplikasi pesanan seperti WhatsApp kini mula disalah guna golongan tertentu sehingga ada di antaranya tergamak mengajak orang ramai untuk ponteng puasa.

Menurut beliau, biarpun pihak yang menjual atau menyebarkan maklumat jualan makanan itu tidak batal puasanya, namun mereka akan menanggung dosa sekiranya individu lain terpengaruh untuk ponteng puasa.

�Allah SWT menyuruh kita mencari rezeki halal dengan sumber yang halal. Ramadan, bulan mulia ini seharusnya kita rebut peluang dengan menggandakan pahala, bukannya mempengaruhi orang lain untuk membuat perkara mungkar.

�Saya nasihatkan golongan ini perkemaskan amal ibadat supaya kita terhindar dengan perniagaan yang terpesong. Malah orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang boleh menggoyahkan pendirian pihak lain, biarpun niat hanya sekadar bergurau,� katanya.

Ditanya berhubung hukum memuatnaik gambar makanan di laman sosial ketika Ramadan, Izhar berkata, hukumnya makruh.

�Jika sudah dekat dengan waktu berbuka bolehlah kita muat naik juadah berbuka. Namun jika dimuat naik pada waktu pagi atau tengah hari hingga menyebabkan orang lain teringin hingga sanggup ponteng puasa, hukumnya makruh.

�Seboleh-bolehnya elakkan daripada memuat naik gambar sedemikian,� katanya.

Sumber : sehinggit.blogspot.my

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kerajaan Kaji Beri Insentif Lahir Banyak Anak
  • My Faith is Stronger Than Your Bomb
  • Kisah Benar Penembak Tepat HAMAS di Gaza
  • KISANH NABI HUD A.S (bahagian pertama)
  • Mengejutkan!! Ayam Goreng Yang Dipesan, Tikus Goreng Yang Dapat!!
  • Kalkulator Astronomi Berumur 2000 Tahun
  • KERANA SAHABAT, AHLI SYURGA ENGGAN MASUK SYURGA
  • Bapa Mertua Tidak Solat
  • Masya Allah, Gambar Kaabah Muncul Apabila Mushaf Abad 18 Ini Ditekan
  • Azmin MB Baru Restu PKR, PAS Ucap Tahniah.
  • Rothschild Dari Keturunan Ibn Sayyad
  • Kisah Benar di Arab Saudi - Peringatan Tuhan Untuk Remaja Yang Meninggalkam Solat
;