Home » , » Kemurkaan Allah Terhadap Kaum 'Aad

Kemurkaan Allah Terhadap Kaum 'Aad

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Quran sebuah kisah yang amat mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t. terhadap sikap dan tindakan manusia yang menentang kebenaran dan melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi. Allah s.w.t. mengutus kepada kaum �Aad seorang Nabi yang dilantik daripada kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s. untuk memberi peringatan. Malangnya kaum �Aad menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s. Allah s.w.t. merakamkan kisah tersebut dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksdu: �Dan (Hud berkata): �Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambah kan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.� Kaum �Aad membalas: �Hai Hud, kamu tidak mendatangkan kepada kami suatu bukti yang nyata, dan kami sekali-kali tidak akan meninggalkan sembahan-sembahan kami kerana perkataanmu, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kamu. Kami tidak mengatakan melainkan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu.��

Allah s.w.t. juga menjelaskan bagaimana kaum �Aad dibinasakan dalam firman-Nya yang bermaksud: Adapun �Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus. (Kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka, batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?� (Surah al-Haqqah: 6-8) Kajian ahli geografi menunjukkan bahawa tempat tinggal kaum �Aad ialah di bumi Ahqaf yang terletak di sebelah utara Hadra maut. Di sebelah utaranya terletak Ar Rab� Khali, manakala timurnya ialah Oman. Mereka ialah kaum yang menyembah berhala, antaranya yang bernama Wadn, Suwa�an, Yaghus, Ya�uq dan Nasran. Dan kaum �Aad yang dibinasakan ialah kaum �Aad yang terdahulu (pertama). Adapun kaum �Aad yang terkemudian (kedua), mereka menetap di Yaman.

Menurut cerita daripada penduduk Hadramaut, sesungguhnya Hud a.s. menetap di Hadramaut selepas kaum �Aad dibinasakan sehinggalah baginda wafat dan dikebumikandi timur Hadramaut iaitu 2 marhalah daripada bandar Turim berhampiran lembah (Barhut). Allah s.w.t. juga menyebutkan kehebatan kaum �Aad dalam firman-Nya: �Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum �Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya (sesuai dengan penduduknya).� (Surah al-Fajr: 6-7)

Seorang ahli arkeologi, Nicholas Clapp, percaya bahawa beliau telah menemui lokasi lagenda purba itu. Daripada penemuan arkeologi tersebut dapat melihat kesan-kesan menara dan tiang-tiang yang disebutkan dalam al-Quran yang begitu mengagumkan yang dibina oleh kaum di zaman itu. Catatan sejarah mengatakan kaum �Aad ialah kaum yang amat kaya. Mereka sangat maju dalam pertanian frankincence, salah satu tanaman yang paling berharga pada waktu itu. Hasil daripada penggalian juga telah menemui sisa runtuhan sebuah kota yang amat luar biasa. Kota tersebut dikelilingi dinding memiliki ukuran begitu luas dan istananya merupakan bangunan yang sangat menakjubkan.

Tiang-tiangnya memiliki teknologi arkitektual yang tinggi, berbentuk bulat dan disusun dalam serambi yang melengkung, berlapis emas atau perak. Ruang-ruang di antara tiang-tiang tersebut sangat mengagumkan. Firman Allah s.w.t.: �Adapun kaum �Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alas an yang benar, serta berkata: �Siapakah yang lebih kuat daripada kami?� Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (daripada tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahui).� (Surah al-Fussilat: 15) Begitulah sikap kaum �Aad sehingga mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Akibatnya mereka dibinasakan dengan taufan.

Ustaz Mohd Wahid Abd Hanif

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu No.2

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • 13 Tips Menjaga Kesehatan Mata
  • The Arrivals part 13 (Gadis Berbaju Merah)
  • SEORANG ANAK MENJUAL RUMAHNYA DEMI MELANGSAIKAN HUTANG AYAH
  • Alhamdulillah, lapan orang pemain Islam dalam pasukan Manchester City
  •  Perjuangan Pimpinan Dan Negara Islam Perjuangan Sepanjang Hayat
  • Orang Yahudi Menjadi Ahli Syurga
  • Jangan Buat 25 Perkara Ini!!
  • Mati Akan Pasti Terjadi Pada Siapa Sahaja
  • Mungkinkah Ini Punca Sebenar Berlakunya Kejadian MH17?
  • Contoh Peluang Investasi Budidaya Bunga Krisan
  • Kisah Benar - Susu Ibu Meleleh Keluar Tanpa Henti!! Wahai Para Ibu!! Hati-Hati Dengan Kata-kata Mujarabmu Terhadap Anak-anak
  • Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala
;