Home » » BAGAIMANA NIAT MANDI SELEPAS HABIS HAID?

BAGAIMANA NIAT MANDI SELEPAS HABIS HAID?

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Soalan; Saya seorang perempuan berumur awal 20an dan telah berkahwin. Saya ingin bertanya, apakah niat untuk mandi wajib bagi wanita selepas haid dan selepas bersama suami? Ini kerana, sebelum ini saya hanya berniat "Sahaja aku mengangkatkan hadas besar kerana Allah Taala" sebelum mandi wajib selepas haid / bersama suami. Bagaimanapun, beberapa kenalan saya memberitahu bahawa niat tersebut tidak sah untuk mandi wajib selepas haid dan niat yang sepatutnya adalah "Sahaja aku mandi wajib, disebabkan haid, kerana Allah Taala". Oleh itu, yang manakah betul diantara kedua-dua niat tersebut? Sekiranya niat yang saya gunakan sebelum ini tidak sah, bagaimana solat dan puasa
saya sebelum-sebelum ini dan adakan saya perlu mandi sekali lagi dengan
niat yang betul? Sekian, terima kasih.

Jawapan;

Kedatangan haid dan nifas, jimak (melakukan persetubuhan) dan keluar mani adalah perkara-perkara yang menyebabkan hadas besar. Hadas besar dihilangkan dengan mandi. Oleh demikian, memadai dengan kita meniatkan di dalam hati ketika mandi; "Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas besar kerana Allah" sama ada mandi kerana haid, kerana nifas, kerana jimak atau kerana keluar mani. Selain itu, menurut ulamak, harus juga meniatkan "Sahaja aku melakukan mandi yang diwajibkan kerana Allah" atau "Sahaja aku mandi untuk mengharuskan perkara yang dilarang tanpa mandi kerana Allah".

Niat mandi wajib dihadirkan di permulaan mandi iaitu ketika mula-mula menjirus air ke mana-mana bahagian badan.

Untuk penjelasan lengkap tentang Mandi, sila baca di blog Fiqh Anda (MANDI).

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. A-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Said bin Abdullah at-Tidi, hlm. 26.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Kisah Benar Isteri Curang
  • FIQH HADIS; SOLAT SUNAT ISYRAQ
  • BUNGA TAHI AYAM YANG BERKHASIAT TINGGI
  • Mengenal Pohon Kapur Penghasil Kapur Barus
  • Cameron Highlands Banjir Lumpur 5 November
  • REZEKI DARI SUMBER HARAM TIDAK BOLEH DISEDEKAHKAN
  • Lima perkara yang perlu orang Islam lindungi
  • APABILA ROH KELUAR DARI JASAD
  • APAKAH YANG DIKATAKAN BAKHIL MESKIPUN KAYA
  • Pengantin Remaja - Suami Perlu Tahu Tanda-Tanda Isteri Sudah Sampai Masa Hendak Bersalin!! - Jangan Panik!
  • Bersangka Baiklah Dengan Sultan
  • Kehidupan Kanak-Kanak Di Felda Guar Napai - Suka Bercerita
;