Home » , , , » FIQH HADIS; GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

FIQH HADIS; GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

Posted by CB Blogger

Update Terbaru PASAL ISLAM.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


GALAKAN BERTERAWIH BERSAMA IMAM HINGGA TAMAT

Sabda Nabi SAW;

???? ????? ???? ????????? ?????? ?????????? ?????? ???? ??????? ????????

�Sesiapa berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam� (Sunan at-Tirmizi; 806. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh).


Abu Zar RA menceritakan; Nabi SAW bangun beribadah bersama kami pada malam ke 5 (sebelum tamat Ramadhan, iaitu malam ke 25 Ramadhan) hingga ke pertengahan malam. Lalu kami berkata kepada baginda; �Wahai Rasul Allah, jika engkau dapat menambah lagi solat bersama kami pada malam ini alangkan baiknya�. Lantas baginda bersabda (kepada mereka); �Orang yang berqiyam (Ramadhan) bersama imam hingga imam selesai (dari keseluruhan solatnya), akan ditulis untuknya (pahala seumpama) berqiyam sepanjang malam� (Sunan at-Tirmizi; 806).

Menurut ulamak; hadis ini menjadi dalil bagi kelebihan solat terawih berjamaah, dan galakkan kepada orang yang berterawih bersama imam untuk menyelesaikan keseluruhan terawihnya bersama imam (sama ada imam bersolat 11 rakaat atau 23 rakaat atau sebagainya), supaya ia mendapat kelebihan umpama bersolat sepanjang malam yang disebut oleh hadis di atas.

Berkata Imam Ahmad; �Hendaklah dia (yakni orang yang berqiyam Ramadhan bersama imam itu) mengerjakan solat bersama orang ramai (yakni para makmum yang lain) hingga dia berwitir bersama mereka dan tidak pulang hinggalah imamnya selesai dari solat� (Tuhwah al-Ahwazi, 3/236).

Maka berpandukan  taujihat dari hadis dan huraian ulamak di atas, sebaiknya orang yang ingin bersolat terawih dengan 11 rakaat sahaja, mereka tidak bermakmumkan imam yang solat 23 rakaat dan pulang sebelum imam menyelesaikan terawihnya. Sebaiknya mereka mencari masjid atau mushalla yang mengerjakan terawih hanya 11 rakaat sahaja, supaya dapat berterawih bersama imam dari awal hingga akhirnya, agar berpeluang mendapat fadhilat yang disebut oleh Nabi SAW dalam hadis di atas.

Wallahu a�lam..

Rujukan;

1.    Fatawa Syeikh Soleh al-Munajjid (https://islamqa.info/ar/153247).
2.    Tuhfah al-Ahwazi (Syeikh al-Mubarakfuri), 3/228,236).


Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PASAL ISLAM.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Popular Posts

Update Terbaru

  • Unsur-unsur Penting dalam Pakan Burung
  • Doa Yang Wajar Pada Zaman Ini
  • ADAKAH BACAAN QURAN DARI KASET MEMADAI?
  • Kerajaan Kaji Beri Insentif Lahir Banyak Anak
  • Makna Hadits �Tidak Masuk Surga��
  • Kisah Benar!! Lelaki Muslim Ambil Duit Tabung Gereja Untuk Beli Susu Anak!!
  • Allah SWT Menolak 1 Dari 3 Doa Rasullullah S.A.W
  • Muhasabah Akhir Ramadhan Untuk Si Kaya
  • Walisongo: Sayyid Ali
Rahmatullah (Sunan Ampel)
  • Umur langit dan bumi
;